OK, itu serba sedikit tentang latar belakang Persatuan DONG ZONG dan apa yang berlaku sebenarnya dan di Ketuai oleh Dr. Yap Sin Tian.
Dan ekoran daripada itu terbongkar semua Kisah Dong Zong dan Kepimpinannya...
Penulis blog ‘Stop The Lies’ mendakwa dia mempunyai cukup bukti bahawa Yap membeli ijazah tersebut dan beliau telah memperdaya ramai pihak terutamanya dalam isu melibatkan pendidikan Cina di negara ini.
How dare you....!!! Penipu...!!!
"Dalam tempoh beberapa tahun beliau telah MEMPERDAYA kaum Cina Malaysia termasuk beberapa ahli kumpulan pendidikan Cina berhubung kelayakannya yang palsu.
"Beliau dengan bangga telah mempamerkan resumenya di laman web, Oriental Strategy Research Centre yang di mana beliau juga merupakan pengarah di sana,” kata penulis blog tersebut dalam entri terbarunya, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, penulis tersebut berkata Yap didakwa mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Southern Cross, Australia pada 1999.
"Selain itu, Yap turut mendakwa beliau mempunyai Dua PhD dari Universiti Kesington Amerika Syarikat pada 1993 dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada 1991 di universiti yang sama.
Penipu...!!!
"Semakan kami mendapati Universiti Kesington tidak mempunyai bilik kuliah, tiada makmal mahupun asrama. Ini adalah satu perkara yang pelik. Universiti tersebut hanya memiliki sebuah pejabat kecil di Glendale, California,” katanya.
Bukan itu sahaja, penulis blog tersebut mendakwa universiti berkenaan membenarkan pelajarnya mendapat ijazah sarjana muda hingga PhD tanpa perlu hadir dalam sebarang kelas.
"Universiti berkenaan turut didapati mengambil pelajar yang tidak layak dan mereka dikurniakan ijazah kedoktoran dengan hanya membaca majalah dan membuat beberapa laporan ringkas daripada surat khabar.
"Pihak pengurusan juga mengurniakan PhD dengan tempoh belajar yang singkat selama empat bulan sahaja,” katanya.
Penipu...!!!
Bagaimanapun, penulis tersebut berkata pihak berkuasa California telah menutup universiti berkenaan pada 1996, selepas mendapat perintah mahkamah.
"Ini jelas menunjukkan Yap secara bangga telah memaparkan PhD yang palsu. Laporan mengenai isu universiti ini dipaparkan dalam Los Angles Times.
"Justeru mereka yang meminati Yap perlu bangun dan membuat kajian mengenai karakter individu ini. Maklumat mengenainya sangat mudah diperolehi anda hanya perlu membuat carian di Internet,” ujar penulis tersebut.
Dalam kes ini, penulis mendakwa Yap bukan sahaja memiliki satu malah dua PhD palsu daripada universiti yang tidak diiktiraf dan telah pun ditutup oleh pihak berkuasa.
Berita ini juga boleh dibaca disini...
http://stopthelies.my/?p=1074
Akhir kata Pewaris petik kata kata Rakyat kepada Doktor Palsu Yap Sin Tian...
Yap Sin Tian..You are nothing but JUST a political opportunist who want a powerful role for yourself if Pakatan comes to power but our advice is this – it’s okay to dream.
Just like you dream you have studied for your doctorates. Lie to yourself but do not lie to the Chinese community.
Psst : Nik Aziz boleh tunjuk ker Universiti Deobandi yang dia kata belajar dan dapat Sarjana kat sana....Madrasah Mualim Deobandi ader laaa...Universiti...???
No comments:
Post a Comment