Thursday 11 August 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai

Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad 1996 







Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina


Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan


Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya


Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri


Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?


Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?


Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?


Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?


Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar


Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati


Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya


Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya



Pssst...Jasa nya tidak akan dilupa oleh Anak Bangsa hingga keakhir zaman...

Kata-kata dan Puisi Tun Mahathir - Melayu Mudah Lupa dan Perjuangan Belum Selesai

Kata-kata dan Puisi Tun Mahathir - Melayu Mudah Lupa dan Perjuangan Belum Selesai



Melayu Mudah Lupa
Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..






Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad

Tuesday 9 August 2011

NATRAH 1950 - Bahagian II

Sambungan dari Bahagian 1

 
NATRAH - Maria Bertha Hertogh-1950
Diberitakan oleh kerana CINTA KASIH orang Melayu kepada Natrah telah menyebab kan seluruh Nusantara Melayu bersedih ketika itu....







Akhirnya pada tanggal 15 Disember 1950 Natrah selamat sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda, dia disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya Sarjan Hertogh...semasa Hertogh di Belanda, beliau telah menjalankan satu kempen untuk menyokong beliu membawa pulang Natrah ke Belanda dan juga membuat kempen menekan kerajaan British supaya berusaha memulangkan Natrah sebagai Bertha ke Belanda, kempen beliau telah berjaya dan mendapat sokongan padu dari rakyat Belanda ketika itu.





Berita Natrah yang dibawa ke Belanda dan ditukar Agama kepada Agama Khatolik Kristian telah tersebar keseluruh dunia, beberapa Negara dirantau Nusantara sehingga lah ke India dan Pakistan telah berlaku tunjuk perasaan dan rusuhan akibat dari tindakan Kerajaan Belanda yang membawa balik Natrah dan juga penukaran Agamanya.
Di Singapura sahaja telah menyebabkan sebanyak 18 kematian dan ratusan cedera semasa rusuhan Masyarakat Melayu yang bertempur dengan angota polis dan pemerintah.







Natrah Maarof akhirnya berjaya dikekalkan di Belanda dengan nama Maria Bertha Hertogh dan ditukar kepada agama Khatolik Kristian, di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Pada peringkat awal kehidupan Natrah di Belanda beliu selalu bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’ beliu minta sejadah serta bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya tidak pernah padam terhadap Ibunya Che Aminah, suaminya itu Mansor Adabi dan kampung halaman di Kampung Banggol, Kemaman Terengganu.






Setelah beberapa tahun diBelanda, tiada khabaran berita dari Natrah, Ibunya Che Aminah dan suaminya Mansor Adabi menunggu dengan setia dan tanpa berputus asa. Beberapa pucuk surat telah dihantar ke Belanda untuk Natrah tetapi tiada jawapan, dipercayai surat-surat tersebut tidak sampai ketangan Natrah dan akhirnya pada bulan Mac tahun 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’. Surat ini juga dipercayai bukan surat asal dari Natrah. Kebanyakan surat-surat yang diterima dan dihantar kepada Natrah adalah melalui seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen yang berkerja sebagai pedagang import-eksport antara Belanda dan Asia.

Akibat dari kekecewaan itu pada tahun 1954 Mansor Adabi telah berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi telah menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Pada 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia tetapi apakan daya semuanya telah terlambat. 


Akibat patah hati dan kecewa dengan keadaan tersebut pada 20 April tahun 1956 Bertha telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.


Dan pada 15 Februari 1957 Bertha telah selamat melahirkan anak lelaki pertamanya. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Pau.

Walaupun Bertha dan Mansor Adabi masing-masing telah bekeluarga, tetapi mereka masih lagi saling tidak melupakan antara satu sama lain, kasih mereka masih bertaut akibat pengalaman silam dan perkahwinan pertama. Surat menyurat diutuskan antara satu sama lain.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda sehingga sekarang.


Begitu lah kisah kasihnya Melayu kepada Agama dan Budaya walaupun berlainan Bangsa....dan Natrah adalah salah seorang Mangsa kepada perpecahan Agama dan Budaya.

Pssst....Pewaris Wasiat akan sambng lagi nukilan cerita cinta Natrah untuk Bahagian yang ke III...bahagian yang terakhir............



NATRAH 1950 - Bahagian 1

NATRAH - Maria Bertha Hertogh-1950

Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Pada tahun 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh oleh pasangan Belanda bernama Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh, Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Pada 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.




Pada tahun 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh telah dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
Pada September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai dan pada tanggal 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.


Tanggal 12 April 1950 Che Aminah telah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh, Sarjan Hertogh telah membuat tututan di Mahkama Singapura tentang hak penjagan dan menuntut kembali Natrah dipulangkan pada keluarga mereka.
Hasil dari perbicaraan tersebut pada tarikh 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura dan pada 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura.

Keputusan perbicaraan ini tidak dapat diterima oleh ibu Natrah iaitu Che Aminah dan pada 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
Diatas keperihatinan masyarakat Melayu pada ketika itu maka pada 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura dan pada 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill Singapura.




Telah di jangkakan oleh orang ramai bahawa Natrah tidak akan selamat, sudah semestinya pasangan Hertogh sebagai ibu-bapa kandung akan berusaha untuk mendapatkan kembali Natrah, pada 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

Peristiwa perkahwinan ini telah menyebabkan kemarahan kepada keluarga kandung Natrah lalu sekali lagi mereka menuntut diMakamah Singapura supaya membatalkan perkahwinan tersebut dan pada 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapanya keluarga Hertogh adalah penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.




Keputusan telah dibuat, dalam kes Natrah ini, Mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
Pada 12 Disember tahun 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.





Akibat dari keputusan Mahkamah dan penghantaran pulang Natrah - anak gadis kulit putih yang dibesarkan oleh Orang Melayu, Budaya Melayu dan Agama Islam satu rusuhan besar telah berlaku di Singapura sehingga melibatkan banyak kematian dan ratusan cedera semasa pertempuran Masyarakat Melayu dan Polis serta Pihak Berkuasa Singapura.......dan pada tarikh 13 Disember tahun 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Amsterdam Belanda... ......

Diberitakan oleh kerana CINTA KASIH orang Melayu kepada Natrah telah menyebab kan seluruh Nusantara Melayu bersedih ketika itu....

Pssst......Pewaris Wasiat akan menyambung tulisan Cerita Tragedi Natrah 1950 Bahagian II sikit masa nanti.....Insyallah...








Monday 8 August 2011

NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA

NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA

Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah kebanyakan manusia tersugkur dengan godaan mereka.


Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia semuanya tidak akan beriman kepada Allah. Tetapi Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya.


Bagi mereka yang beriman syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerakkerja syaitan yang terus berjalan tanpa henti dan mengira masa. Syaitan telah membahagikan tugas-tugas tertentu kepada ketua-ketua mereka yang tertentu pula.

 
QARIN 
mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.

 

AL WILHAN
menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk


AL HINZAB
mengganggu manusia sedang solat


THIBR
bertugas khusus untuk membinasakan manusia.



AWAR
menggoda manusia untuk melakukan zina.

MASBUT
membisikkan manusia supaya berdusta.


DASIM
bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.


ZALANBUR
bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjula beli.


Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan yang dapat dicatatkan disini. Pengkhususanini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiiki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang standing atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.


Ada manusia yang menjadikan syaitan itu gurunya. Jadilah syaitan itu bersarang dalam uratdarahnya. Ada juga manusia menjadikan syaitan itu hambanya yang mereka sangka bahawa mereka memiliki sesuatu yang luar biasa. Tetapi itu adalah perangkap syaitan bagi menyesatkan manusia. Sehinggakan manusia tidak dapat menggunakan akalnya yang waras dalam mencari dan mengikut kebenaran. Dan akhirnya manusia ini tidak sempat bertaubat dan menjadi rakan syaitan di dunia dan di dalam neraka Allah buat selama-lamanya.


Kita minta dijauhkan oleh Allah akan perkara yang sedemikian. Nauuzubbillahi minasysyaitanirrajim. Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam..

pssssst....segala imej dan lukisan adalah tidak kena mengena..ianya hanya lah gambaran semata.

Sunday 7 August 2011

PENDEDAHAN SIAPA MAKCIK HAJJAH SITT AL WUZARA @ ARLENE TAN

Hasil tulisan dari 1peluru.blogspot.com dan group gaysecq

HACKING FOR GOOD... CONGRATS GAYSEC! PENDEDAHAN IDENTITI HAJJAH SITT AL-WUZARA!



 

gua ucapkan tahniah & bravo kepada group hacking terkenal GaySec yang telah berjaya membongkar identiti sebenar betina lahanat yang mencetus penghinaan keji kepada agama ISLAM, Hajjah-Sitt-Al-Wuzara (KLIK!). satu pendedahan sempena barakah bulan suci ramadhan!

 
SIAPAKEJADAH HAJJAH SITT AL-WUZARA???
• PEREMPUAN
• 26 TAHUN
• NAMA SEBENAR: NOR ARLENE TAN BTE KHALID
• BUKAN MELAYU, BUKAN CINA & BUKAN JUGA INDIA
• CAMPURAN (CINA+MELAYU)

dengar khabar minah lahanat ni dulunya pelajar UM (2 dari kiri)


apostate (atheist movement)





GaySec mendedahkan si sundal ini terlibat dalam:

SHE IS BEING ACTIVE IN...
• A MEMBER OF MALAYSIAN APOSTATE FB GROUP
• A MEMBER OF UNSCIENTIFIC MALAYSIA (A GRUP/FANPAGE THAT’S DEDICATED TO SUPPORTING APOSTATE, ATHEIST MOVEMENT)
• A MEMBER OF MALAYSIAN ATHEIST, FREETHINKER, AGNOSTIC AND THEIR FRIENDS
• A MEMBER OF FRIENDLYATHEIST.COM

dah tahu lokasi & no. ic ni... tak susah sangat dah nak cari
sepandai2 beruk melompat akhirnya jatuh lubang najis jugak!!
harap pendedahan GaySec akan mempermudahkan lagi
tugas siasatan SKMM/SC & POLIS...
dan PEGUAM NEGARA
jangan lambat2 buat pendakwaan
nanti ade blogger yg tak faham2 situasi balun KDN lagi!

Semua Artikel kat atas PW copy & paste dari 1peluru.blogspot.com
terima kasih bro
 
Pssssssst....minta-minta jangan laa ader manusia cam ni lagi...!!!!