Tuesday, 9 August 2011

NATRAH 1950 - Bahagian II

Sambungan dari Bahagian 1

 
NATRAH - Maria Bertha Hertogh-1950
Diberitakan oleh kerana CINTA KASIH orang Melayu kepada Natrah telah menyebab kan seluruh Nusantara Melayu bersedih ketika itu....







Akhirnya pada tanggal 15 Disember 1950 Natrah selamat sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda, dia disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya Sarjan Hertogh...semasa Hertogh di Belanda, beliau telah menjalankan satu kempen untuk menyokong beliu membawa pulang Natrah ke Belanda dan juga membuat kempen menekan kerajaan British supaya berusaha memulangkan Natrah sebagai Bertha ke Belanda, kempen beliau telah berjaya dan mendapat sokongan padu dari rakyat Belanda ketika itu.





Berita Natrah yang dibawa ke Belanda dan ditukar Agama kepada Agama Khatolik Kristian telah tersebar keseluruh dunia, beberapa Negara dirantau Nusantara sehingga lah ke India dan Pakistan telah berlaku tunjuk perasaan dan rusuhan akibat dari tindakan Kerajaan Belanda yang membawa balik Natrah dan juga penukaran Agamanya.
Di Singapura sahaja telah menyebabkan sebanyak 18 kematian dan ratusan cedera semasa rusuhan Masyarakat Melayu yang bertempur dengan angota polis dan pemerintah.







Natrah Maarof akhirnya berjaya dikekalkan di Belanda dengan nama Maria Bertha Hertogh dan ditukar kepada agama Khatolik Kristian, di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Pada peringkat awal kehidupan Natrah di Belanda beliu selalu bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’ beliu minta sejadah serta bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya tidak pernah padam terhadap Ibunya Che Aminah, suaminya itu Mansor Adabi dan kampung halaman di Kampung Banggol, Kemaman Terengganu.






Setelah beberapa tahun diBelanda, tiada khabaran berita dari Natrah, Ibunya Che Aminah dan suaminya Mansor Adabi menunggu dengan setia dan tanpa berputus asa. Beberapa pucuk surat telah dihantar ke Belanda untuk Natrah tetapi tiada jawapan, dipercayai surat-surat tersebut tidak sampai ketangan Natrah dan akhirnya pada bulan Mac tahun 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’. Surat ini juga dipercayai bukan surat asal dari Natrah. Kebanyakan surat-surat yang diterima dan dihantar kepada Natrah adalah melalui seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen yang berkerja sebagai pedagang import-eksport antara Belanda dan Asia.

Akibat dari kekecewaan itu pada tahun 1954 Mansor Adabi telah berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi telah menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Pada 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia tetapi apakan daya semuanya telah terlambat. 


Akibat patah hati dan kecewa dengan keadaan tersebut pada 20 April tahun 1956 Bertha telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.


Dan pada 15 Februari 1957 Bertha telah selamat melahirkan anak lelaki pertamanya. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Pau.

Walaupun Bertha dan Mansor Adabi masing-masing telah bekeluarga, tetapi mereka masih lagi saling tidak melupakan antara satu sama lain, kasih mereka masih bertaut akibat pengalaman silam dan perkahwinan pertama. Surat menyurat diutuskan antara satu sama lain.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda sehingga sekarang.


Begitu lah kisah kasihnya Melayu kepada Agama dan Budaya walaupun berlainan Bangsa....dan Natrah adalah salah seorang Mangsa kepada perpecahan Agama dan Budaya.

Pssst....Pewaris Wasiat akan sambng lagi nukilan cerita cinta Natrah untuk Bahagian yang ke III...bahagian yang terakhir............



No comments:

Post a Comment