Friday, 30 December 2011

Pantun untuk Pok Nik Ajis...

Salam kasih sayang...

Ada rasa berisi pandan,
Hendak menganyam tikar sembahyang;
Tujuh syurga di dalam badan,
Di situlah tempat berkasih sayang.


Akar nibung meresap-resap,
Akar mati dalam perahu;
Terbakar kampung nampak berasap,
Terbakar hati siapa yang tahu.


Anak Damak dalam hutan,
Hendak menyumpit di tengah hari;
Alangkah sedih serta kasihan,
Sedang berserban apa pun tak jadi.



Pssst : untuk pencacai PAS ... fikir-fikirkan lah Bangsa Sendiri...!!!

2 comments: