Wednesday, 2 May 2012

PENGAKUAN - 12 Tahun melihat Azmin Ali membesar depan mata - memang itu Azmin


Assalam...

Wooow begitu TERUJA Pewaris membaca satu laman Blog kepunyaan PAKATAN RAKYAT...nama Blog tersebut SUARA PAKATAN RAKYAT dengan moto "Kritis, Berani, Telus"...

Apa yang betul betul menarik pada Pewaris ialah satu ayat yang ditulis oleh Penulis Blog tersebut...kata Penulis
"Penulis rasa amat bodoh kalau kita masih mahu menafikan hakikat tersebut kerana penulis sudah memerhatikan Azmin lebih dari 12 tahun.  Ia seumpama memerhatikan anak sendiri membesar di depan mata"...

Takmau cerita panjang...
Pewaris sendiri tak sabar nak suh korang baca sendiri apa yang Blogger PAKATAN tuu tuliskan....

Silakan membaca....

SUARA PAKATAN RAKYAT
PENULIS tidaklah membeli, tapi penulis ternampak deretan akhbar arus perdana di kedai yang hampir kesemuanya memilih gambar-gambar yang diekstrak dari video yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.

Soal penyiaran gambar-gambar ini sebenarnya penulis telah sedari sejak dari Ahad lagi.  Siasatan lanjut penulis, menemui satu laman web Sex Scandal Azmin Ali yang penulis rasa diwujudkan semata-mata untuk tujuan penyiaran gambar-gambar (tidak mustahil video juga) tersebut.

Begitu juga penulis sedar dengan penafian penuh Azmin yang disiarkan semalam disini.
Maaf cakaplah, bukan penulis tidak percayakan Azmin, tapi setakat yang penulis lihat pada gambar-gambar tersebut, memang sah itu Azmin.  Kalau mukanya pelanduk dua serupa, bentuk kepala dan beberapa kriteria lain pada imej tersebut memang menunjukkan itu adalah Azmin.


Penulis rasa amat bodoh kalau kita masih mahu menafikan hakikat tersebut kerana penulis sudah memerhatikan Azmin lebih dari 12 tahun.  Ia seumpama memerhatikan anak sendiri membesar di depan mata.

Kes Azmin ini berbeza dengan video seks fitnah yang pernah dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar pada satu ketika dahulu.  Paling ketara, video tersebut dalam keadaan hitam putih, sedangkan gambar dari video yang dikaitkan dengan Azmin ini dalam keadaan warna, terang dan cukup jelas untuk dinafikan begitu sahaja.
Malah pelbagai ‘angle’ juga.


Seseorang yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR tersebut juga memaklumkan kepada penulis bahawa keadaan dalam rumah itu hampir menyerupai salah sebuah ‘kondo hinggap’ (dikunjungi sekali sekala) yang dimiliki oleh Azmin.  Setakat mana benarnya penulis kurang pasti kerana penulis tidak pernah datang ke kondo tersebut.

Justeru, semua maklumat tersebut menjadikan’penafian air liur’ semata-mata tidak cukup.  Azmin perlu membuat laporan polis agar satu siasatan penuh dapat dijalankan ke atas gambar dari rakaman video tersebut dan siapa yang terlibat di belakangnya.
Dari satu sudut yang lain pula, kelihatannya Azmin diperangkap oleh seseorang yang rapat dengannya, rapat sehingga boleh keluar masuk dalam kondo milik beliau dan memasang semua CCTV tersebut.

Persoalannya siapa?

Penulis tahu, Azmin punya musuh dalaman PKR yang ramai.  Statusnya sebagai penyokong setia Anwar sejak sekian lama, sanggup bersama waktu senang dan susah, menjadikannya sebagai individu yang paling rapat dengan pemimpin agung Pakatan Rakyat tersebut, seterusnya dicemburui rakan dan lawan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Azmin pernah dikaitkan dengan satu gerakan rahsia dalam PKR untuk menumbangkan pemimpin PKR yang lebih tinggi.
Dengan semua keadaan di atas, kalau Azmin mendakwa diperangkap pun penulis tidak terkejut.

Soal Azmin nak membuat hubungan dengan siapa pun, itu penulis tidak kisah kerana sebagai lelaki, beliau mempunyai hak untuk mempunyai pasangan lebih dari satu.  Lagipun penulis berpegang kepada kenyataan Anwar, tidak ada siapa (waima kerajaan) pun yang boleh masuk campur dalam hal yang berlaku dalam bilik orang lain, asal saja mendapat persetujuan bersama.

Yang penulis kisahkan ialah, perkara ini akan mengeruhkan lagi sokongan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat kerana bukan semua yang boleh menerima perlakuan seumpama ini, walaupun dilakukan dalam ruang tertutup.  Malah di negara negara barat pun, skandal suami orang dengan perempuan lain adalah suatu perkara taboo untuk dilakukan oleh orang biasa apatah lagi ahli politik.

Ringkasnya, Azmin perlu melakukan 2 perkara ini dengan segera, buat laporan polis dan siasat siapa orang dalam PKR yang cuba menjatuhkannya.

Sumber...

OK laaah...korang fikir sendiri dan nilaikan sendiri "luahan hati" Blogger PAKATAN...dari apa yang Pewaris baca, beliau begitu KECEWA dan seolah olah menunjukan beliau mempunyai Hubungan Rapat dengan Azmin Ali...


Pssst : Allah Maha Besar....Dosa kepada RAKYAT camner nak minta maaf...Dosa dengan Allah Azawajalla, Allah boleh ampun kan kerana memang Zat dan Sifat NYA Maha Pengampun...wallahwaalam



1 comment: