Friday, 13 January 2012

AGENDA PEMIKIRAN ANWAR - PLURALISME KE JURANG MURTAD - Part 2


Adakah ini kehendak Anwar Ibrahim keatas Islam untuk di praktik kan di Malaysia


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menyatakan sokongan terhadap fahaman PLURALISME 

Bagi mereka yang mempunyai Asas Aqidah yang kuat dan jelas pastinya akan menyedari  BETAPA bahayanya corak pemikiran Anwar yang telah terpesong.
Bagi mengetengah Tagrib dan Bentuk Fikir serta mempopularkan Fahaman ini maka Anwar Ibrahim telah menggunakan kaki tangan yang dipercayainya untuk mencapai Matlamat agendanya. Pengarah IKD - Institut Kajian Dasar dibawah pimpinan Pengarah nya iaitu Khalid Jaafar telah menerbit kan sebanyak 45 buah buku yang rata ratanya membincangkan tentang PLURALISME.
Pengarah IKD - Khalid Jaafar



Beberapa Cendikiawan dalam badan NGO yang telah menyedari dan terhidu akan Bahayanya Agenda Anwar Ibrahim seperti Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang kebanyakannya dianggotai bekas ahli dan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan beberapa siri wacana sebagai teguran kepada bekas Presiden ABIM yang kedua itu untuk menghentikan fahaman tersebut.
 Adakah ini yang di mahukan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia

Sahabat lama Anwar Ibrahim iaitu Tuan Haji Ismail Mina Ahmad yang pernah bersama sama Anwar Ibrahim dalam membangunkan Yayasan Anda dan bersama-sama dalam ABIM suatu ketika dulu telah menentang Agenda Anwar Ibrahim dengan sekeras kerasnya.

Ulasan Tuan Haji Ismail Mina Ahmad tentang PLURALISME yang cuba
dibawa oleh Anwar Ibrahim....
Aliran ini adalah produk daripada fahaman Liberalisme-Pluralisme agama. Kalau dah semua agama sama, maka tuhan pun samalah, satu prinsip fahaman liberal Islam ini ialah sapere aude atau bebas sebebasnya yang dianuti seorang pemimpin dalam menginterprestasi dan memahami Islam.
Fahaman ini juga menyamakan semua agama sama taraf dan sama benar, pada hal jelas dalam al-Quran agama yang diterima oleh Allah SWT hanyalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan seperti yang dibawa oleh Kahar atau Ghulam Ahmad dan sebagainya.
Saya bukan tuduh, tetapi saudara boleh lihat sendiri dalam buku-buku yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) sebuah badan pemikir yang dinisbahkan kepada Anwar. Buku-buku terbitan IKD ini semuanya, saya ulangi, semuanya adalah berfahaman Liberal-Pluralisme.
Pengasas Pluralisme Agama - John Hick
Menurut fahaman ini, bagi kelompok seperti John Hicks berusaha supaya wujud satu agama baru yang menyatukan semua agama dalam satu entiti secara fizikal. Pelbagai golongan menamakannya sebagai World Religion atau Global Faith atau Abrahamic Faiths, yang amat aktif membuat promosi tentang idea ini dan amat kerap menghadiri program-program tajaan kelompok ini bersama-sama dengan pendita Yahudi dan rahib-rahib Kristian.
Secara sedar atau tidak maka sebahagian Agenda PLURALISME yang dirancang oleh Anwar Ibrahim sedikit demi sedikit telah bergerak dengan menggunakan berbagai Nama samaran dan di bantu serta didokong oleh beberapa individu, Cerdik Pandai, Badan badan NGO, Kesatuan Mahasiswa dan Parti Politik.....

Dan banyak lagi ...... bersambung ke Part 3

Pssst : Segala yang di rancang oleh Anwar Ibrahim tidak semuanya menjadi kerana Allah Rabul Jalil lebih BERKUASA....


No comments:

Post a Comment