Sunday, 22 January 2012

Exco Agama Selangor Khalid Gagap pening nak tutup Aurat Perenang Wanita..!!!


Tidak dapat dinafikan apa pun keadaan sememang nya adalah wajib kepada muslim dan muslimah untuk menutup Aurat, apalagi ditempat terbuka. Sedangkan bagi sesetengah Ulamak yang warak, mereka telah menjatuhkan hukum Fasik keatas mereka yang mandi secara Bertelanjang walaupun didalam tempat yang tertutup, pun begitu sudah tentulah tingkatan kefahaman, makam dan apalagi sifat Khauf pada Allah Azawajalla tentu sekali berbeza beza...apalagi mereka yang bukan Ahli dalam Agama.

Pewaris Wasiat sangat sangat TERTARIK dengan tulisan Blogger kesukaan ramai iaitu THE DUKES BLOG...yang bertajuk "WAHAI EXCO AGAMA SELANGOR YANG BARU..INI MASALAH PERTAMA UNTUK KAMU SELESAIKAN..!!!
Sila baca disini...
http://dukeofumno.blogspot.com/2012/01/wahai-exco-agama-selangor-yang-baruini.html



Lalu teringat Pewaris Wasiat akan posting dalam Blog Pewaris Wasiat yang bertajuk.....
"Islam di Hina dan diperkuda oleh DAP - Hanya mereka yang Faham akan bersedih ...!!! http://www.pewaris-wasiat.blogspot.com/2012/01/islam-di-hina-dan-diperkuda-oleh-dap.html

Beberapa hari yang lepas hampir kesemua Bloggers menulis berkenaan Pengumuman oleh MB Negeri Selangor Khalid Gagap yang menwartakan bahawa Urusan Portfolio Hal Ehwal Agama Islam akan di sandang oleh beliu sendiri dan Portfolio Adat Istiaadat Melayu dan Sukan disandang oleh ADUN Sejangkang dari Parti PAS...

Memang benar Islam menggalak kan umatnya beriadah, bersukan dan mengamalkan cara hidup yang sihat...
Dalam salah satu Hadith Rasulullah s.a.w ada menyebutkan dan menggalakkan ibu bapa mengajar anak2 mereka berenang, memanah dan menunggang kuda. Hal ini turut diberi penekanan oleh Nasih Ulwan dalam bukunya "Tarbiyah al-Aulad" sebagai satu bentuk pendidikan awal kepada kanak2 dari sudut pembinaan kekuatan fizikal.
Oleh yg demikian, jelaslah bahawa Islam juga sangat menitikberatkan pembentukan jasmani yg sihat sejak kecil lagi kerana ibarat pepatah Arab ada menyebut 'al-aql salim fi jism as-salim' iaitu akal yg cerdas lahir dari badan yg sihat.



Insiden penyingkiran dan Tidak di Benarkan menyertai Acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor (SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam sangat sangat lah memalukan dan memberi satu Tamparan Hebat kepada kaum muslimin di negara ini.

"Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh masing-masing".


Sangat menyedihkan, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk bertanding dan tidak dibenarkan untuk menyertai Acara Renang dalam sukan tersebut sehingga ada ada di antara menangis kerana diperlakukan begitu.

"Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh"
Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).


 


Disini Pewaris Wasiat ingin menyatakan...sudah sampailah masa kepada MB Khalid selaku penyandang Jawatan Exco Hal Ehwal Agama untuk mewartakan atau mengeluarkan atau men DRAF kan satu Garis Panduan Kod Etika Berpakaian bagi Orang Muslim didalam penyertaan Sukan bermula dari peringkat Sekolah, Kebangsaan mahupun Antarabangsa menggikut Hukum Syarak dalam Islam....dan jangan lupa Negara kita adalah sebuah Negara Majmuk, ramai juga Athlit athlit beragama Islam yang terlibat didalam semua Sukan secara Profesional hingga ke peringkat Antarabangsa... (Acara Gimrama dan Bola sepak macamaneer...???)



Sekali lagi Pewaris Wasiat teringat akan kata kata Guru Pewaris Wasiat iaitu Maulana Kalamuddin semasa Jemaah kami hendak menyeberangi sempadan Pakistan menuju ke Afghanistan dan terpaksa berurusan dengan sekempulan Jemaah lain yang begitu Extreme dan tidak menyukai Warga asing...kata Maulana Kalamuddin kepada kami "Serahkan segala urusan sesuatu perkara kepada mereka yang Ahli dan Arif tentang nya, jangan kita yang bukan Ahli mengambil Tangung jawab...kalau tidak malapetaka akan menimpa kepada semua"


Apa yang Pewaris Wasiat nak jelaskan disini bahawa...MB Khalid WAJIB menyerahkan sesuatu perkara tentang Hal Ehwal Agama yang menyentuh Hukum Syarak kepada mereka yang LAYAK...dan tidak seharusnya MB Khalid  sendiri yang mengeluarkan atau mewarta kan sesuatu perkara mengenai Agama kerana MB Khalid BUKAN AHLI DALAM BIDANG AGAMA...!!!



Psssst : Agama bukan perkara yang boleh diputuskan mengikut hukum akal...!!!


1 comment:

  1. Khalid gagap adala seorng yg cukup hebat .. dia mngetahui siapa dikalangan mereka itu yg ahli... Sebab itu Exco agama diserahkan kepada PKR....kerana PAS dah tak ada Ilmu... Ilmu aga mereka telah habis di berikan kepada DAP....

    ReplyDelete