Saturday 28 January 2012

Penduduk Tok Bali Kelantan dihalau - Pemaju tuu Kroni PAS kerr...???


 
Seramai 40 penduduk di Kampung Tok Bali dekat sini hari ini berpiket bagi membantah pengambilan tanah mereka oleh sebuah syarikat pemaju dengan kadar bayaran sagu hati yang tidak setimpal.

Penduduk terbabit sebaliknya menuntut keadilan supaya mereka diberikan pampasan dan sagu hati setimpal kerana mendakwa tanah tersebut telah diusahakan oleh datuk nenek mereka sejak kira-kira 100 tahun lalu.
 
Seorang penduduk, Mohd. Yaakub Abdullah, 64, mendakwa, tanah yang diusahakan oleh keluarganya hanya ditawarkan bayaran sagu hati sebanyak RM2,000 dan setiap batang pokok kelapa yang ditanam pula dinilai RM200 sepokok disebabkan dia tidak memiliki geran.


Mereka turut mendakwa, masalah timbul selepas usaha mendapatkan geran hak milik tanah yang terletak berhampiran Muara Tok Bali, ditolak oleh Pejabat Tanah dan Jajahan walaupun ada yang telah membayar deposit antara RM150 hingga RM1,500.
 

 

Dia mendakwa, apa yang menjadi persoalan kepada penduduk ialah permohonan mendapat geran hak milik tanah ditolak walaupun ada yang telah membayar deposit sebanyak RM150 hingga RM1,500.

"Lebih menghairankan, penduduk luar mukim mendapat geran hak milik termasuk di kawasan dalam laut di pantai berkenaan. Perkara ini perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka juga menerima pampasan sehingga RM70,000 untuk satu nama," katanya di sini hari ini.



  

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim ketika dihubungi berkata, kira-kira 345 hektar tanah di kawasan berkenaan terlibat untuk projek pembinaan pelabuhan dengan sebahagian besarnya telah diberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi setiap 0.46 hektar.


"Namun, sebahagian lagi tanah kerajaan tetapi ditanam kelapa oleh kira-kira 25 orang penduduk yang telah dikenal pasti untuk diberi bayaran sagu hati. Sebahagiannya sudah menerima bayaran dan sebahagian lagi enggan menerimanya dan masih dalam proses perbincangan untuk diselesaikan," katanya.

Apa pun keadaan diharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan sejarah bagaimana orang orang Melayu bermukim di kawasan tersebut yang telah sekian lama dan memberi pampasan yang setimpal supaya mereka dapat membina hidup baru bila berpindah kekawasan lain nanti....



Pssssst : aku nak tau gaaak...siapa yang akan jadi Kontraktor untuk Project Mega Pelabuhan tuuu... 

 

1 comment:

  1. Mengikut Kanun Tanah Negara walaupion penduduk tiada geran pampasan yg dibayar perlu ikut harga

    1- harga semasa rumah -kalau rumah papan berdasarkan kos membina semual rumah papan yang decent sekarang ialah RM 25,000

    2-pokok kelapa dan sebarang pkok buah buahan

    Saya mushkil sbb sebenarnya pendudk tersebut BUKAN SETINGGAN tapi mereka ialah PENEROKA yg meneroka tanah hutan dan telah MEMOHIN GERAN dgn meletakkan deposit

    Jika DEPOSIT telah diterima dan penduduk maseh simpan resit bayaran -makna PTG daerah terbabit dah ambil wnag-pendudk boleh menyaman MB dan PMBK yg mana mempengerusikan semua MESYUATA PTG dan penagmbil alihaj tanah di setiap negeri

    Jelas hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak di hormati

    ReplyDelete