Tuesday 14 February 2012

Bila Nik Aziz kata Celako..Celako..Celako..baru Anwar Ibrahim nak bertemu mata..!!!


Terang dan nyata, PAS dan PKR mempunyai dua Prinsip Perjuangan yang berlainan dan dua Falsafah Pengorbanan yang "BERBEZA".
Memang telah diduga oleh mereka mereka yang memahami akhirnya…
Agenda Anwar Ibrahim dalam sokongannya  terhadap Negara Israel telah menyebabkan Golongan Lebai didalam PAS membuka mata atau mungkin Sekadar Bersuara dan mendesak Mursyidulnya  Nik Aziz Nik Mat melalui Musyuarah Syura mengeluarkan kenyataan supaya Anwar Ibrahim menarik balik sokongan nya kepada Negara Israel.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.
"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis...Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal”
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.“Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru Nik Aziz.
Dan telah diperkatakan juga oleh sesetengah Kehadiran PAS dalam PAKATAN tidak akan membawa  kemana mana, bagaimana baik dan manis pun mulut PKR (usah bicara soal perjuangan...) dan bagaimana Baik dan Bagus Matlamat PKR sudah pasti akhirnya mereka akan berselisih Pandangan dan Bertentang kata KERANA jelas kepada kita Parti PAS dan Parti PKR adalah tidak sama.
Kenyataan Haji Hadi Awang

Mari kita membuat sedikit tolehan kebelakang bagaimana mungkin sebuah Parti yang telah ditubuhkan pada 24hb November 1951 oleh sekempulan Ulamak dan yang dibanggakan oleh mereka berKopiah dan berSerban yang juga diasaskan dan diperjuangkan atas maksud Agama dan atas maksud Negara Islam boleh BERTUKAR sebagai Negara Kebajikan gara gara idea Anwar Ibrahim membentuk PAKATAN RAKYAT.
Natijahnya bukan berlaku Penyatuan Umat tetapi perpecahan dan huru hara yang amat nyata, lihat kembali  isu-isu besar yang timbul, dari Agenda BERSIH, Murtad, Kurang Ajar sesetengah Mahasiswa, masalah moral pemimpin, Penyelewengan diSelangor dan akhir sekali Sokongan kepada Negara Yahudi Israel.
Kanak kanak Palestin Perempuan dipijak dada dan perut serta diacukan senjata oleh Askar Irael semasa hendak keSekolah

Segala yang disebut dan yang telah berlaku sudah tentunya membuat PAS Terpalit  Taik “Umpama seorang Imam yang jubahnya berlumuran najis sudah pastilah Makmum nya tidak dapat menerima apalagi kalau Imam tersebut menghalalkan yang Haram dan mengharamkan yang Halal”
Menjadi bertambah busuk dan semakin buruk imej PAS dimata sesetengah puak bilamana segala yang dilakukan dan dirancang oleh rakan sekutu DAP membuat kan Lebai Lebai PAS menjadi Pak Anguk dan Pak Turut…tak payah diceritakan kerana ianya terlalu banyak.
Akhirnya berlumuran Najis Mughalzoh


Akhir sekali Pewaris Wasiat ingin menyeru kepada Umat Islam di bumi tercinta ini, lihat lah apa yang Anwar Ibrahim telah lakukan dan fikirkan apa yang sebenarnya Anwar Ibrahim mahukan….sepertimana yang Pewaris Wasiat katakana semalam seandainyapun kita khatam Quran 30 Juzuk setiap bulan, pun MASIH ianya tidak boleh dipadam dan dinafikan bagaimana Firman Allah Azawajalla didalam setiap ayat Yang Mana Bangsa YAHUDI adalah bangsa yang DEGIL, KERAS KEPALA , BERMUKA MUKA dan JAHAT...sehinggalah jatuh Laknat Allah terhada mereka.
Apasal plak nak tunggu time nak gi jumpa mata, apasal plak tak buat Kenyataa Rasmi...? pelik betul Anwar Ibrahim ni....Rakyat dok tunggu kenyataan Ketua PKR niii....!!!
Wallahwaalam.....

Psst : Daripada dok bersekongkol dengan Kafir Harbi atau mereka yang bergelumang Taik...baik laa sama sama duduk semeja untuk cari jalan macamana nak bela Agama, Bangsa dan Negara...!!!



No comments:

Post a Comment