Wednesday 22 February 2012

PemBabian yang diHalalkan PAS siri ke 2 (Si Terkutuk jumpa Orang Tua Kutuk)


Hampir 2 hari Pewaris Wasiat menunggu JAWAPAN  dari mulut Ketua Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat hasil pertemuannya dengan DS Anwar Ibrahim berkaitan Sokongan Anwar Ibrahim terhadap Keselamatan Negara Israel.
Dibawah adalah Kenyataan Nik Aziz
“Pagi semalam, sekitar pukul 9.30, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.
Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama PAS minggu lalu yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.
Majlis Syura Ulama juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.
Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.
Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.
Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.
Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat.
Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.
Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum meneruskan tulisan Pewaris Wasiat, suka Pewaris Wasiat ingat kan kepada semua akan Artikel yang ditulis sebelum ni...
Sila Baca ni dulu....
Apa nak jadi dengan Nik Aziz ni, tidakkah Nik Aziz mewakili suara Jemaah Syura sebagai Suara Majlis Ulamak PAS…!!!
Bagi mereka yang “memahami” jelas sekali Nik Aziz TIDAK Menyatakan dengan Tegas nya bahawa adalah SALAH bagi Anwar Ibrahim untuk Menyokong Israel.
Mengapa sebagai Tok Guru dan juga Ulama Nik Aziz tidak berkata kepada Anwar Ibrahim “ Hentikan Sokongan Kamu” atau “Sokongan Kamu adalah Haram”
Nik Aziz hanya berkata “TERSERAH” lah kepada Anwar Ibrahim dan Nik Aziz juga Cuma berkata “Saya Yakin” PAKATAN akan SEPAKAT menyokong perjuangan Rakyat Palestin…!!!

Apa punyer BEBAL kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ni…!!! Dah tentu Anwar Ibrahim mengeluarkan Kenyataan menyokong Keselamatan Negara Israel dan dah dah Tentu PAS berada didalam PAKATAN…!!!
Apa maksud semua ni…!!! Giler Bhai…memang Giler…!!!
Adakah ini salah satu cara lagi bagi Ulamak Suk PAS “Menghalalkan Cara”….kalau lah itu maksud yang tersembunyi maka aku tukar Waqed atau kaedah tu dengan “ Menghalalkan PemBabian” oleh Ulamak Suk…!!!


Akhir sekali aku kata Semua kenyataan yang disebut oleh Nik Aziz Nik Mat diatas ialah “Kenyataan PONDAN”…Kenyataan mereka yang “Takut Kehilangan KUASA”….begini lah jadinya kalau Ulama Gila Kuasa….dan ini lah jadi nya bila “Si Terkutuk jumpa Orang Tua Kutuk” atau “Si Lahanat jumpa Si Musibat”….. 



Pssst : Majlis Syura dizaman Sahabat dan Tabie akan mengeluarkan Fatwa untuk memerangi…bukan perkataan TERSERAH atau SAYA YAKIN….!!! Tuuiiiiihhhh….Dasar Ulama Pengecut…!!!



No comments:

Post a Comment