Salam pagi Jumaat,
Maaf kerana terlewat...Pewaris masih berhutang satu Artikel untuk minggu ketiga bagi Bulan March 2012...insyallah kita cuba sambung dan selesaikansemuga mendapat menafaat semuanya dunia dan akhirat...
Link pada sambungan dan artikel minggu yang lepas...
Perang Salib Ketiga (1187–1192)
Nuruddin memimpin Edessa dan Aleppo, daerah kekuasaan yang diwarisi dari ayahnya, dan memperluas daerahnya dengan mengalahkan tentera salib di Inap di bulan Julai 1149. Tahun 1154, Nuruddin telah berhasil menyatukan Syria. Tahun 1163, Amalric naik tahta menjadi pemimpin tentera salib yang baru.
Memperluaskan Kuasa dan menyatukan Syria
Semasa inilah cabaran Nuruddin bermula. Amalric melihat peluang besar untuk menguasai Mesir dari penguasaan Fatimiyyah yang lemah akibat kematian menteri mereka. Nuruddin, selain memerangi kaum Frank, juga melakukan campur tangan masalah dalaman mereka. Usaha Nuruddin berhasil karena Syawar, menteri Fatimiyyah, memohon pertolongan Nuruddin untuk menggulingkan musuh politiknya, Dirgham, yang menggulingkannya melalui bantuan kaum Frank.
Almaric menaiki Tahta
Nuruddin mengirim pasukannya di bawah Syirkuh yang merupakan bapasaudara kepada Salahuddin Al-Ayubbi untuk mengembalikan kekuasaan Syawar di Kaherah. Pertempuran di Kaherah akhirnya dimenangi dan Syawar menjadi menteri Fatimiyah.
Operasi ketenteraan kedua dibiayai terus oleh Nuruddin dan memperoleh kemenangan kecil pada tahun 1168. Kaum Frank kembali ingin menguasai Kaherah pada tahun yang sama. Ini memaksa Syawar kembali meminta bantuan Nuruddin. Nuruddin kembali memberi kepercayaan kepada Syirkuh untuk memimpin pasukan Islam melawan kaum Frank.
Syirkuh melawan Kaum Frank
Dalam pertempuran ketiga ini, Syirkuh tewas pada tahun 1169 dan digantikan oleh Salahudin. Pasukan Islam memperoleh kemenangan atas kaum Frank.
Salahudin mengusir kaum Frank dari tanah Mesir menjadikan khalifah Fatimiyah menaruh Salahudin untuk memerintah Kaherah. Karier Salahudin semakin naik dengan terpilihnya ia sebagai menteri di bawah khalifah al-Adid. Apabila khalifah al-Adid wafat, Salahudin mengambil langkah penting, iaitu menghancurkan Dinasti Fatimiyah dan mengembalikan Mesir di bawah kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad.
Dinasti Fatimiyah dihancurkan di Kaherah
Operasi ketenteraan Salahudin ini masih di atas nama Nuruddin. Ketaatan Salahudin kepada Nuruddin berakhir pada tahun 1172 karena Salahudin menganggap Nuruddin tidak memimpin umat Islam. Perseteruan bagaimanapun tidak terjadi karena Nuruddin wafat pada tahun 1174. Kematian Nuruddin ini mengelakkan perseteruan antara Islam. Jika Nuruddin masih hidup, Islam mungkin terpecah menjadi dua, antara pendukung Nuruddin dan Salahudin.
Salahudin mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Nuruddin, walaupun ditentang oleh keluarga Nuruddin. Salahudin menunjukkan kredibilitinya dengan memerangi kelompok-kelompok Islam penentangnya. Dengan jatuhnya Aleppo tahun 1183, Salahudin telah menyatukan Mesir dan Syria dibawah satu komando. Salahudin pun mengalihkan perhatiannya ke musuh utama umat Islam sebenarnya, yaitu tentera salib.
Kemangkatan Nuruddin telah berjaya
menggelakan perpecah umat Islam
Salahudin dan Raja Baldwin IV, penguasa Jerusalem mengadakan perjanjian damai. Semasa damai ini, kehidupan di Mediterania Timur kembali berjalan normal. Perjanjian antara kedua raja ini retak akibat hasutan Reynald the Chatillon, salah seorang pembesar kaum Frank yang sangat membenci Islam. Tindakan Reyald the Chatillon membuat umat Islam marah. Bahkan di mata umat Islam, Reynald the Chatillon dianggap pembesar kaum Frank terburuk. Tindakan Reynald yang mengundang kemarahan umat Islam adalah seperti keinginan Reynald menghancurkan kota-kota suci umat Islam, Mekkah dan Madinah serta tindakannya menyerang kafilah-kafilah Islam sewaktu perjanjian damai.
Salahudin mengirim pasukan Islam untuk menyerang kaum Frank ke Kerak, tempat Reynald tinggal.
Reynald the Chatillon Penghasut
Balwin juga mengirim pasukannya ke Kerak setelah mendengar Salahudin hendak menyerang salah satu wilayahnya. Peperangan ini berhenti dengan perjanjian damai dan jaminan Reynald akan dihukum sendiri oleh tangan kaum Frank.
Setahun kemudian, Salahudin sakit dalam waktu yang sangat lama. Setahun kemudian, Baldwin IV meninggal dunia dan digantikan oleh Guy the Lusigna. Dengan Guy, yang merupakan teman rapat Reynald the Chatillon, maka perjanjian antara Islam dengan kaum Frank telah berakhir.
Dibawah kepimpinan Salahudin akhirnya
Jurusalem jatuh ketangan orang Islam
Salahudin, yang telah sembuh, segera menngumpulkan pasukan-pasukan umat Islam untuk berperang melawan tentera salib. Guy juga segera mengumpulkan pasukan untuk menyerang Islam. Berlakulah Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem.
Salahudin kembali memimpin Tentera Islam
memerangi Tentera Salib
Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.
Kejatuhan Jerusalem (1187)
- Pada tahun 1187, Salahuddin menawan semula Jerusalem. Paus Gregory VIII membuat seruan Perang Salib yang diketuai beberapa pemimpin utama Eropah: Philip II dari Perancis, Richard I dari England dan Frederick I, dan Maharaja Suci Rom. Frederick meningal dunia kerana lemas di Cilicia pada tahun 1190, dan meninggalkan persekutuan yang tidak stabil antara kuasa England dan Perancis.
- Philip pula pulang pada tahun 1191 setelah tentera salib merampas Acre dari tangan orang Islam. Pasukan tentera salib menuju ke pantai Laut Mediterranean. Mereka menewaskan orang Islam berdekatan Arsuf dan dapat melihat Jerusalem. Bagaimanapun, tentera salib tidak kekal bertapak di kawasan tempatan disebabkan bekalan makanan dan air yang kurang, ini mengakibatkan kejayaan kosong. Richard pulang pada tahun berikutnya setelah menandatangani genjatan senjata dengan Salahuddin.
- Meninggal akibat Malaria
- Dalam perjalanan pulang, kapal Richard pecah dan mendarat di Austria. Di Austria, musuhnya, Duke Leopold menangkap dan memberinya kepada anak Frederick, Henry VI. Richard ditahan untuk mendapatkan wang tebusan raja. Pada tahun 1197, Henry sendiri berasa bahawa dia bersedia untuk Perang Salib, tetapi dia mati pada tahun yang sama akibat demam malaria.
No comments:
Post a Comment