Sunday, 1 April 2012

Terkini...Apa dah jadi ni..!! Dato Shahrir Samad keluar UMNO masuk PAS...???


Assalam to all,


Apa ke hal nyer ni...???

Pukol 2.15 pm tadi Pewaris Wasiat dapat messege dari Kawan Lawyer Syarie dari Mahkamah mengatakan Dato Shahrir Samad telah keluar dari UMNO dan tengah buat PC ISTHIHAR kan beliau masuk Parti PAS....

Adoooooooi ...betu ker niiiii....???

Sidang Media Berdarah
Shahril Samad umum sertai PAS.
Johor Bharu, 1 April – Ahli parlimen Johor Bharu, Datuk Shahril Samad hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS bersama lebih 2000 kekuatan ahli. Perkara yang menggemparkan itu mendatangkan keributan dan huru-hara ketika sesi sidang akhbar yang dipercayai dilakukan oleh ahli UMNO yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.


4 orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital. Dalam sidang media itu, dimana akhirnya disuraikan oleh pihak polis, Shahril Samad berkata :


“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.

Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan :

"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian."

Dan pada pukul 4 pm dalam Wall Facebook , semua dah kecoh pasal ni...!!!

Facebooker posting :
TERGEMPAR DAN TERKINI!!!
AHLI PARLIMEN JOHOR BAHARU,DATO' SHARIR SAMAD SEBENTAR TADI TLH MENGUMUMKAN KELUAR DRP UMNO DAN MENYERTAI PAS BERSAMA2 LEBIH DRP 2000 ORG PENYOKONG2NYA...!!!
Aper nak jadi ni....khabar angin ker aper...???
Seawal tahun 80an, Pewaris Wasiat menghormati Dato Shahrir dan manjadikannya contoh, sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur....semasa Pewaris bersekolah di Briekfield selalu juga Pewaris terserempak dengan dia masa Solat di Masjid India dan semasa lepak lepak kat Komplek Wilayah serta Campbell.
 
Pssst : Ader saper saper boleh tolong SAH kan....???? mesti ader cerita ni...!!!! kalau betul kena tuntut dgn Blogger RBF satu perkara...heheheheee, gurau jer Bro....!!!


 
 
 

1 comment:

  1. salah UMNO lah nie sebab sebar berita April fool... :P

    ReplyDelete