Assalam to all,
Diatas kerisauan PRU13 yang akan datang seorang sahabat dari Negeri Terengganu Darul Iman telah membuat permintaan kepada Pewaris Wasiat agar dapat Pewaris Wasiat nukilkan peristiwa peristiwa yang berlaku dinegeri tersebut yang mana ianya telah dilakukan oleh PAS terhadap rakyat sedikit masa lalu.
Menipu Rakyat
Katanya, ramai orang ramai tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya dibelakang tabir ketika PAS mula mula hendak memerintah dan semasa pemerintahannya...syukur Alhamdulillah Terengganu telah berjaya dirampas kembali, walaubagaimana pun peristiwa ini perlu diingatkan kembali.
Katanya lagi...sebenarnya banyak lagi yang rakyat tidak tahu...tunggu lah, nanti saya kan ceritakan...
KERAKUSAN DAN KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU
(juga petikan Posting sahabat Facebooker Kang Nasir)
1. 29 Nov. 1999 - Jam 10.30 malam pintu pagar Wisma Darul Iman dikunci.
2. 01 Dis. 1999 - Mengambil alih dan menyelongkar pejabat Menteri Besar tanpa budi bicara kononnya mencari dokumen yang mereka perlukan tetapi tiada apa kecuali sedikit wang tunai. Namun diumumkan kononnya ada berlori-lori fail salahguna kuasa ditemui. Kenyataannya menyepi hingga sekarang. Tiba-tiba apa yang ditimbulkan kononnya bertemu wang tunai RM10 juta di pejabat dan di rumah Dato Wan. Fitnah ini disiarkan dalam Harakah (Ruangan English) 16 November 2000. Setelah disaman oleh Dato Seri Amar Di Raja, Harakah 16 Oktober 2001 menyiarkan kenyataan minta maaf secara terbuka kononnya satu kesilapan. Al-Haq Bil.20 keluaran November 2001 membuat laporan terakhir.
3. 02 Dis. 1999 - Beberapa pejabat di WDI terus ditutup (Semua Pejabat Exco, Studio 305 / JK. Kemajuan & Penerangan Agama Negeri dan Berita Darul Iman).Pekrrjanya dihimpun di tingkat 8 (Bilik peperiksaan) beberapa hari.
4. 08 Dis. 1999 - Lapan pegawai tinggi Terengganu ditukar (Dalam Bulan Ramadan).
5. 6 Dis. 1999 - Hj. Hadi kata : Anggaplah pertukaran takdir Allah.
6. 17 Dis. 1999 - SUK pencen awal ? Kerajaan mahukan SUK baru yang sehaluan.
7. 19 Dis. 1999 - Hj. Cik Mat (SUK) letak jawatan bukan dengan kerelaan hatinya.
8. 16 Dis., 1999 - Haji Azman Muda (Pengarah YPKT) dan Dato? Haji Saidi Mohamad(Pengarah YT) ditamatkan kontrak mereka setahun lebih awal.
9. 23 Dis. 1999 - Safei Daud (Pengarang di Pejabat MB) ditamatkan kontraknya berakhir 18 Disember 1999 yang sepatut berakhir 17 Mei 2000.
10. 30 Dis. 1999 - Terengganu pecat 15 kakitangan Studio 305.
11. 03 Jan. 2000 - Pengarah, 420 pekerja agensi negeri (UPU) dipecat.
12. 05 April 2000 ? Kerajaan PAS Terengganu lulus lesen baru arak / ? Double Standard?.
13. 11 April 2000 - Imam muda (Masjid Marang) buang pekeliling JHEAT.
14. April 2000 - Roboh kedai Mat Amin Marang tanpa pampasan.
15. April 2000 - 16,000 orang miskin lewat terima bantuan.
16. April 2000 - Tabika KEMAS Pengkalan Arang, Bukit Tunggal, K.Trg. diarah pindah.
17. 22 Jun 2000 - 3 sahaja lesen pemborong arak (Terengganu) diluluskan.
18. 22 Jun 2000 - 44 pegawai tinggi Terengganu ditukar.
19. Sept. 2000 - Rebut J/Kuasa Masjid Gelugor Kedai, Marang: Exco PAS kalah terok.
20. Sept. 2000 - Exco PAS berebut (Buat pejabat) di bangunan comel.
21. Okt., 2000 - Ke mana wang minyak RM432 juta pemberian Februari 2000?
22. Nov. 2000 - Penyokong PAS gomol balak Terengganu hingga kini 70,000 ekar.
23. Nov. 2000 - Selepas 1,500 wargatua dipotong bantuan, rampas tanah petani, nelayan.
24. Dis., 2000 - Keluar pekeliling larang pegawai negeri hadir majlis taklimat Dato? Rais.
25. Dis., 2000 - Pengerusi JSR tampar muka cikgu SK. Mengabang Telipot.
26. Dis., 2000 ? Notis roboh rumah Zakaria Jusoh Setiu, kerana tanah belum jelas lagi.
27. 08 Dis.,2000 - 420 anggota baru (UPI) dilantik bermula 01 April 2000.
28. 01 Jan.,2001 - Kerajaan PAS Trg. mungkin muflis?
29. 03 Jan., 2001 - Pagar Tadika KEMAS dikunci di Dungun.
30. Jan.,2001 ? 6 keluarga mangsa banjir yang dizalimi di Kampung La, Besut.
31. Feb.,2001 - Kerajaan PAS Trg. jual A&W anak syarikat TDMB, RM170 juta.
32. Feb.,2001 - Kebun Pak Hassan di Alor Serdang, Setiu ditebang orang PAS.
33. Feb.,2001 - Pinjaman Pelajaran ke IPT YT dihentikan oleh kerajaan PAS.
34. Feb.,2001 - Warta Darul Iman (Lidah rasmi kerajaan Trg) menjadi diperalat parti PAS.
35. Mac 2001 - YIT tamatkan guru agama / muballigh sejak Januari 2001.
36. Mac 2001 - Bengkel Belia (Pengadang Baru) kena roboh.
37. Mac 2001 - Rumah Rusop Mamat, Tanjung Alir, Alor Keladi, Jerteh kena roboh; tetapi rumah pengikut PAS di sebelahnya atas tanah belum jelas juga tidak.
38. Mac 2001 - Musnah kebun kelapa sawit di Marang tanpa notis.
39. 20 Mac 2001 - JK Syura Rakyat arah pindah segera tabika KEMAS Bukit Tok Ris, K.Trg.
40. Apr. 2001 - Mesin-mesin jahit KEMAS di Pulau Duyong, K.Trg. diikat dengan dawai.
41. 19 April 2001 - Imam tidak dipecat tetapi ditamatkan jawatan.
42. 19 April 2001 - Imbuhan hafiz / hafizah ditarik balik sejak Januari 2001.
43. Mei 2001 - Tiada wang: Bangunan MPKT di Gong Badak disewakan.
44. Julai 2001- Terengganu rugi RM100 juta (Akibat banyak tukar pegawai).
45. Julai 2001- Keluhan hafiz buta (Kerana elaun hafiz-hafizah dulu) dihentikan.
46. 30 Julai 2001 - Elaun qariah berjasa Hjh. Rogayah Sulong dihentikan.
47. 31 Julai 2001 - 2,048 guru al-Quran ditangguh elaun sejak Januari 2001.
48. Al-Haq:Julai 2001 - 300 kakitangan kerajaan negeri menghadapi tekanan sertai JKKK.
49. Julai 2001- Pengerusi JSR marahkan pengetua )Sek. Menengah Bt. Tunggal).
50. Julai 2001 - Hadi tengok sendiri arak bebas dijual di Pulau Perhentian.
51. Julai 2001 - Hadi tidak layan pemandu lori.
52. 2001- Mangsa ribut ? pilih kasih. 3 orang UMNO berdekatan tidak dilayan.
53. Ogos 2001 - Musnahkan tanaman sayur atas tanah suku ekar di Anak Ikan, Setiu.
54. Ogos 2001 - Tahan gaji kaki tangan kerajaan negeri kerana terlibat dengan JKKK.
55. Sept.,2001 - Kebun Ustaz Yong Abdullah Pengkalan Arang, K.Terengganu dimusnah.
56. Okt., 2001 - Derma mangsa kezaliman PAS (Sodok tanaman sayuran baru berbuah).
57. Okt., 2001 - Premium tanah naik 700%.
58. Okt., 2001 - Exco PAS ternak ayam dalam surau hasil derma orang ramai.
59. Okt., 2001 - Siapakah salahguna kuasa (Mercedes TT3 dalam kebun YB.Tun Salleh).
60. 29 Okt., 2001 - Terengganu musnah hutan simpan kekal di Besol, Dungun.
61. 30 Okt., 2001 - PAS akui lulus 4,000 hektar hutan simpan Sungai Paka, Besol, Dungun.
62. Nov.,2001 - 10,000 ekar balak simpan kekal dibahagikan kepada kroni PAS di KL.
63. 01.11.2001- Imam Kg. Pujuk, Manir ditamatkan khidmat (Umurnya baru 58 tahun).
64. Nov.,2001 - Rampas kuasa di masjid, PAS ala militan.
65. Nov.,2001 - Surau Kampung Getang, Hulu Terengganu diroboh.
66. Nov.,2001 - PAS pecat bilal UMNO masjid Kg. Getang, Hulu Terengganu.
67. 13 Dis., 2001 - Penduduk dilarang berbuka puasa dalam masjid (Tempinis).
68. 31 Dis., 2001 - Trg. pecat (Notis 24 jam) pegawai (TATI) enggan serah wang ihsan.
69. 01 Jan., 2002 - Dedah Penyelewengan: TATI pecat pengurus besar.
70. 02 Jan., 2002 - Perpustakaan (Terengganu) kurang bahan bacaan.
71. 02 Jan., 2002 - Isu berpanjangan rugikan rakyat Terengganu ? Dato? Senara Muda.
72. 02 Jan., 2002 - Cukai pintu: Terengganu kurang hasil RM5.4 juta (Setahun).
73. 04 Jan., 2002 - ASDI tidak mampu bayar dividen bagi tahun 2001.
74. Jan.,2002 - 41,000 ekar hutan simpan kekal (Balak) di Tembat (Kawasan Empangan Kenyir) ditawarkan dalam tender tertutup (Untuk Kroni PAS di KL).
75. Jan.,2002 - Selamatkan harta rakyat Terengganu (Dari dirompak oleh Kerajaan PAS).
Akhir sekali Pewaris Wasiat ucapkan pada Rakyat Terengganu agar dapat melihat dan merenung kembali apa kah yang telah dibuat oleh PAS pada masa masa yang lalu.
Pssst : banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Datuk Sri Ahmad Said, jauh perbezaan nya jika dibandingkan semasa PAS memerintah dahulu...
No comments:
Post a Comment