Saturday, 3 March 2012

Farid Redzuan lebih BODOH dari Blogger Bloger - Hanya Penasihat Fesyen...?



Salam to all....

Kecoh pulak pasal Si Datuk Farid Redzuan bekas orang kuat TV3....apa lu nak Datuk..???

Diberitakan yang Farid Redzuan telah meroyan dengan mengatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan kononnya Blogger-Blogger ini BODOH dalam menangani sesuatu isu...?



Tidak dinafikan oleh kita semua Datuk Farid Redzuan memainkan peranan penting diEra Kemuncak Perkembangan TV3....tetapi Tidak Sekarang...!!!

Tanpa menyedari atau buat buat tak tahu bahawa mereka ini "Blogger" telah mengorbankan diri dan masa mereka demi untuk mempertahankan KERAJAAN yang sedia ada...Farid Redzuan "ADER KESAH" ker bagaimana susah payah para Pejuang Maya ini tak tidur malam, bersengkang mata cari bahan dan kadang kadang menjadi Bahan Makian orang ramai...


Meh gua nak cakap sikit...Farid Redzuan tak payah laa nak mencampuri "Urusan Orang Lain"...baik Blogger yang Bertuan atau yang tak bertuan macam aku ni...(bukan nak cakap apa...kadang kadang Dr.Ayunie komplain gak kat aku pasal tidur lewat...tapi oleh kerana kami ni sayangkan Tanahair kami kami korbankan sebahagian masa tidur kami untuk menyangkal segala tomahan dan tuduhan puak puak "BENGONG" gila kuasa)



Dengan kedudukan yang Farid Redzuan ada, maka kamu jaga lah kerja kamu tuu...apa saja kaedah yang kamu nak guna pakai, tak pernah pun kami Blogger pertikaikan atau campuri walaupun dengan SEPATAH PERKATAAN....tugas MENJENAMAKAN SEMULA...???
Berapa banyak Agensi atau Institusi mahupun Jabatan yang telah Farid Redzuan "ReBrandingkan"...sampai kekemuncak mana...???



Begitu juga Tugas sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri...sejauhmana PERANAN yang Farid Redzuan telah mainkan untuk menaikan nama DS Najib dan DS Rosmah...??? Sehebat manakah PANDANGAN mata Rakyat kepada PM kita akibat dari TRANFORMASI atau perubahan yang telah dibuat oleh Farid Redzuan didalam TUGASAN nya untuk memertabatkan Pucuk Pimpinan Tertinggi Negara...??? 


Fesyen..???



Kata seorang Blogger...Farid Reedzuan hanya dilihat berjaya menjadi Penasihat Fesyen kepada Perdana Menteri dan juga isterinya...apabila DS Najib dan DS Rosmah berjaya diangkatnya sebagai model kepada fesyen-fesyen pakaian terkini yang berjenama tetapi malangnya  sebagai Penasihat dan Perunding Media, beliau nyata GAGAL termasuklah menangani isu DS Najib...Kalaulah setakat nak jadi Penasihat Fesyen...TAK PAYAH laaaa...!!! Pelajar Seni Reka Fesyen dari Uitm lebih hebat lagi dari kamu...(ini pun kalau kamu faham laaa)


Nervous Hilang Populariti ker...?


Ada terdengar juga suara suara dari bawah meja mengatakan Si Farid Redzuan ni ada menyimpan hasrat untuk menguasai RTM...kalaulah macam tuu itu dah dikira BERCITA CITA nak jadi MENTERI....ader BETUL..??? kalau tak tak kan laa Si Farid Redzuan BERKATA Blogger blogger ni BODOH...!!! dan kalau tidak...tak kan lah Farid Redzuan cuba "MEMBENTUK" KUMPULAN Cybertrooper nya sendiri...!!!


Dunia Blogger tak Glamour pun..tapi kami TAK BODOH...!!!




Well....wahai Farid Redzuan dunia Perang Alam Maya ni tidak lah seindah seperti yang kamu tempuh semasa kamu di TV3...tidak lah se GLAMOUR yang disangkakan...tidak lah sesenang seperti kamu....contoh macam Blogger Tersohor PAPAGOMO...yang aku tahu dia cuma ader Gerai Berniaga di Pasar Malam kat Danau Kota jeer...atau seperti Blogger Azmi APA yang hanya tinggal di Bilik Berdinding Playwood jeer... ADER FAHAM wahai Datuk Farid Redzuan...lain laa dengan Datuk Farid Redzuan yang BOLEH KELUAR MASUK dalam Istana Kelantan...!!! malas aku nak cerita lebih lebih...nanti MURKA pula Tuanku...!!! tak balik Kampung nanti aku...!!!


Zaman tuu dah berlalu..
Hahaaa...nak cakap lebih lebih kan payah laa pulak...nantikan orang cakap aku ni rosak kan Bangsa Sendiri...senang cakap, suara Si Farid Redzuan ni dah jarang jarang kedengaran apalagi MUKA nak masuk TV....almaklum laa ... suara suara MENTERI lebih didengar dari suara seorang CEO Korporat....mentelah lagi zaman tuu dah berlalu...sendiri mau ingat laa Bhai...!!!


Pssst : Rasa nak lepak lepak kat Kopitiam kat KB laaa plaaaak....!!!



2 comments:

  1. lepak kb ??... contact lah ambo.... makan teh sekali!!! sekali , gelombang kick pun ada sekali dgn ambo..

    ReplyDelete
  2. Ooooo...insyallah sampai nanti pewaris akan hubungi Tuan utk lepak bersama sambil bertukar cerita...ok

    ReplyDelete