Monday 19 March 2012

Pergi laaa Kadir...Tak dak Sapa pun nak sedih...Jangan dok mengata nanti dah leer..!!!



Asalam to all...

Tak tau apa nak kata dengan si Kadir ni...dari seusia muda sampai lah dah berumur 73 tahun sekarang baru lah nak cerita Budaya Rasuah laaa, Budaya Kotoq laa dan macam macam...selama ni hang dok telan, dok buat harta dengan menjawat jawatan sebagai Menteri, hang tak pulak kata apa apa...

Kalau nak kira Suit dan BowTie yang dok ada, agak agak ader dekat satu kontena, itu pun hasil duit makan gaji dengan Gomen jugak.....payah...payah...!!!

Nak keluar Parti, keluar jer laa...
jangan dok kata macam macam kat UMNO dah laa



Pemimpin Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Parti.

Kata beliau "Saya baru saja menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, peletakan jawatan selaku ahli Umno akan berkuat kuasa hari ini (Isnin)," kata Abdul Kadir dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberitahu telah meletak jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada minggu lalu. Abdul Kadir merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri kabinet di bawah Barisan Nasional.

Nak join PKR..kalau tak tak kan sampai kerumah Anwar Ibrahim
 



Untuk berita seterusnya juga boleh baca disini...



Pssst : apa pun kita doa kan yang terbaik untuk beliau...kalau nanti terdengar apa apa yang tak elok dari mulut dia...bersiap sedia laah...Blogger blogger ni mulut semua boleh tahan semuanya...


No comments:

Post a Comment