Siri ketiga yang lepas...Sila klik dibawah
Perang Salib Kedua 1145 - 1149
Setelah kejatuhan Jeruselam ke tangan Kaum Frank, mereka melakukan serangan ke Daerah sekitar untuk memperluas kekuasaan mereka. Karena faktor geografi, Daerah-daerah pantai Syria yang terbentang menghadap ke barat, berhasil dikuasai Tentera Salib.
Tentera Salib juga menakluk Tripoli. Jatuhnya Tripoli ke tangan Tentera Salib menandakan berakhirnya perluasan Kaum Frank untuk memperluas Negara Kristian. Serangan Tentera salib selanjutnya ke atas Aleppo dan Damsyik banyak menemui kegagalan kerana mendapat tentangan keras dari Pasukan setempat. Di dua kota inilah semangat jihad umat Islam yang hilang di tahun-tahun sebelumnya akibat perpecahan agama, bangkit kembali.
Penentangan Tentera Aleppo dan Damsyik keatas Tentera Salib
Para Ulama memainkan peranan yang sangat penting disebalik kebangkitan semangat Jihad Umat Islam. Al-Sulami, seorang ulama sufi dari Masjid Umayyah, Damsyik, adalah ulama yang melopori dakwah bertemakan jihad dari mimbar masjid. Menurut Al-Sulami, Kekalahan dan Derita umat Islam dari perang melawan Tentera Salib disebabkan Hukuman dari Allah SWT karena umat Islam mengabaikan kewajiban-kewajiban agama, khususnya jihad di jalan Allah.
Semangat Jihad diseru oleh Ulama Sufi dari Masjid Umayyah Damsyik
Akhirnya Ulama Sufi bangkit meniup semangat Jihad
Al-Sulami berpendapat jika umat Islam menjalankan kewajiban-kewajibannya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah SWT, maka umat Islam akan mencintai agamanya dan akan berjuang sekuat tenaga demi agama. Langkah al-Sulami ini diikuti oleh ramai ulama di Suriah yang banyak melahirkan kelompok mujahidin.
Akhirnya lahir Kumpulan Kumpulan Mujahidin
Zengi, Penguasa Turki dari Mosul, merupakan pemimpin yang pertama dalam sejarah telah bangkit setelah kekalahan semasa Perang Salib Pertama, dial ah yang telah memimpin para mujahidin Islam. Dengan bantuan seorang ulama, Ibn Al-Khasysyab, meraka membawa umat Islam ke Arah Kemenangan menentang Tentera Salib dalam Pertempuran Ladang Darah di Balath. Kemenangan ini membawa impak yang besar kepada psikologi umat Islam dan menghapus tanggapan mereka tentang kekuatan tentera salib.
Sultan Zengi yang mendengar nasihat Ulama
Kemenangan Zengi pada tahun 1144 mengukuhkan rasa Kepercayaan Kepada Diri Sendiri oleh Umat Islam. Kemampuan pasukan Zengi merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa merupakan kota Negara Kristian ketika itu dan yang pertama berhasil direbut oleh umat Islam. Walaupun dua tahun kemudian Zengi tewas akibat dibunuh, Zengi tetap seorang Pahlawan bagi umat Islam yang membakar semangat Jihad mereka. Semangat jihad diteruskan oleh Nuruddin, tokoh utama Islam semasa Perang Salib Kedua yang juga merupakan Putera kepada Zengi.
Sultan Nuruddin Putera kepada
Sultan Zengi menyambung Seruan Jihad bapanya
Semangat jihad diteruskan oleh Nuruddin, tokoh utama Islam semasa Perang Salib Kedua yang juga merupakan Putera kepada Zengi.
Bersambung di hari Jumaat hadapan.....
No comments:
Post a Comment