Wednesday 14 March 2012

Gara gara LGBT....Melampau...!!! Parking KLCC....???



Photo Ehsan Facebooker Aron Aziz
Astghafirullah...

Apa nak jadi dengan umat hari ni....tak kan Tempat Parking kereta pun boleh sebat...!!!

Semuga Allah Rabul Kareem memelihara diri kita, zuria zuriat kita sampai hari Kiamat dari petaka tabiat Kaum Luth yang mana Allah telah timpakan Azab dengan terbalik kan bumi yang mereka diami.

Kalau laaah dibiarkan LGBT yang didokong oleh Ketua Parti PAKATAN...maka tak mustahil ianya kan berlaku...kerana ianya pernah dan hampir hampir wujud dan disokong sepenuhnya oleh mereka yang terlibat....


Untuk mengetahui unsur unsur LGBT dikalangan pemimpin mereka....sila baca disini

http://novandri.blogspot.com/2012/03/rafizi-ramli-orang-kuat-anwar-serlahkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29#

Untuk cerita STOR KUNYIT terdahulu Juga disini....

http://www.pewaris-wasiat.blogspot.com/2012/02/kata-peguam-syarierafizi-tuu-jambu.html

Ulangan Post Pewaris pada

Thursday, 4 August 2011


AMALAN KAUM LUT - HOMOSEXUAL

AMALAN KAUM LUT - HOMOSEXUAL
Kekecohan berlaku didalam Negara akibat satu amalan yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang ramai, apalagi penglibatan oleh mereka yang berprofile tinggi, peristiwa demi peristiwa dipaparkan bermula dari Surat Talqin sehingga lah pengusungan tilam ke kamar Mahkamah sehingga lah ianya berlanjutan sehingga hampir mengakibatkan Negara huru-hara.




Tidak perlu dijelas kan satu persatu dan huraian peristiwa demi peristiwa..cukup lah sekadar beberapa keping photo yang dipaparkan untuk kita membolehkan berfikir secara Rasional akan kesan dan impak kepada diri, negeri, negara dan umat Islam dinegara ini.

 



Kemuncak ketidakpuasan hati berbagai pihak telah menjerumuskan serta meletakkan Negara didalam suasana huru hara dan situasi yang amat tegang, akibat dari suasana dan kelemahan maka keadaan ini telah dimanipulasikan oleh mereka-mereka atau kumpulan-kumpulan yang sememang nya mempunyai agenda tersendiri dalam melaksanakan cita-cita yang telah diperjuangkan dan terpendap sekian lama. Amat menyedihkan Umat Melayu Islam dibumi ini telah berpecah dan berpuak-puak tanpa memikirkan lagi akan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.



Golongan serta Puak yang memperjuangkan Agama yang sekian lamanya telah membelakangkan Melayu Islam dan berpalang dengan mudahnya tanpa menghirau maruah dan masa depan Anak Bangsa untu Berganding tangan dengan KAFIR HARBI bagi menjatuhkan Ketuanan Melayu Islam dibumi sendiri.



Dan sememangnya tiada lakaran Sejarah Malaysia yang sehebat ini sebelomnya melainkan apa yang berlaku sekarang akibat dari ......
AMALAN KAUM LUT..!!!

Sebagai seorang Islam yang masih bertauhidkan Allah Azawajalla dan bermazhab Ahlul Sunnah Waljamaah disini Pewaris turunkan tulisan yang berkisar kepada sejarah dan petikan dari AlQuran sebagaimana yang Allah Azawajalla telah perkhabarkan....sila baca..semuga Allah memberi kefahamam kepada semua...Insyallah.


Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah W.S.T firmanNya; “dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. (Surah Al-‘Araf : 80 - 81)


Firman Allah; “ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36)



Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210) Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.) 

HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS
Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)



Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW; “Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ; Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049) Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)



Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.


Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah; “maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Psssssst......Agak-agak laaa kalau diteruskan, telungkup bumi kita Malaysia ni....Ya Allah...peliharalah kami dari Bala Bencana...kembalikan mereka itu kepangkal jalan...amin..!!!



No comments:

Post a Comment