Wednesday, 29 February 2012

Siapakah Erykah Badu dan Five Percenter - Pengalaman Pewaris Wasiat di Gereja Escalet


Asalam to all,

Hampir  2 hari Pewaris Wasiat tak jengah Blog sendiri, sibuk di Pantai Timur dengan "Special Task" dapat gak dok Hotel BerSTAR tapi bukan di Swiss Garden...Hehehee

Ok, Terlebih dahulu Pewaris Wasiat ucapkan SYABAS pada Pak Menteri kita Rais Yatim yang berani bersuara serta mengeluarkan arahan PEMBATALAN konsert ERYKAH BADU, kali ni mari kita berkongsi kongsi pengetahuan dan cerita dengan kawan kawan semua, walaupun agak lambat Pewaris menulis tentang ini tetapi bagus juga bagi mereka yang nak tahu siapakah Erykah Badu dan Apakah Five Percenter serta siapakah pengamal pangamal atau penggikut ajaran Agama ini.

Pengalaman Pewaris Wasiat selama 3 tahun lebih bersama Orang orang Kulit Hitam Africa ada hubungkaitnya dengan beberapa fahaman Agama, bermula dari Islam, Kristian Khatolik, Kristian Protestan, Witnees Jehovah dan bermacam agama atau Amalan Nenek Moyang mereka.

Al Fatihah utk Sahabat Sepermainan ku Syeikh Farouki (pertama dr kanan)
yang telah kembali ke rahmatullah didalam Sujud Solat Subuh





Dan Pewaris masih ada menyimpan "Surat Jemputan Gereja" yang dihantar oleh Senior Pastor Moses Wilkie kepada Pewaris Wasiat untuk membaca "Nine Lesson and Carol" pada Hari Minggu diGereja Escalet sebagai Penceramah Jemputan dan Pewaris Wasiat juga masih menyimpan Bible yang dihadiahkan kepada Pewaris oleh Kawan kawan Kulit Hitam...jangan salah FAHAM....mereka tahu yang Pewaris Wasiat ni Islam atau MOSLEM ...Tetapi ini lah sebahagian daripada Serpihan Agama yang Pewaris tuliskan dibawah.... 

Selama 3 tahun lebih Pewaris bersama mereka dan
dijemput ke Gereja untuk  "Nine Lesson and Carol Service"


Siapakah Five Percenters
Dan Apakah Five Percenter


Tattoo dan Logo Five Percenter

 
Mereka atau kumpulan ini bukan golongan yang menganuti Islam yang sebenarnya, Five Percenters adalah kumpulan serpihan yang berpecah dari Nation of Islam (NOI) pada tahun 1964 akibat dari Penafian dan Penolakan tentang Ketuhanan di bawah kepimpinan Clarence "Pudding" 13X.
Clarence "Pudding" 13X


Nama Five Percenter ini berasal dari kepercayaan bahawa mereka adalah yang telah dipilih sebanyak Lima peratus daripada umat manusia yang hidup  dalam Kejahilan, Hipokrik dan Tidak Jujur dan mereka Five Percenter hidup "dalam Islam yang Benar" dan dengan itu mereka telah dimanifestasikan sebagai  'Yang kudus" iaitu mereka lah orang orang kulit hitam penghuni sebenar didunia ini dan dipanggil Allah atau Tuhan.



Clarence Pudding 13X adalah bekas anak murid Malcom X pemimpin Kulit Hitam America diawal tahun 1960an, yang mana beliu telah keluar dan meninggal kan Masjid di kawasan mereka iaitu Harlem di Mahathan, New York akibat dari pandangan dan fahamannya yang tidak setuju dengan Sifat Ketuhanan yang disampaikan pada masa itu. Beliau lah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran, mempopularkan dan reinterpreting "Lessons" atau ajaran Elijah Muhammad di kalangan generasi remaja tahun enam puluhan di kawasan metropolitan New York.


Malcom X


Elijah Muhamad


Penggikut atau penganut Five Precenter mempercayai dan mengajar bahawa...
1.Orang Kulit Hitam adalah penduduk asal planet bumi.
2.Orang Kulit Hitam adalah bapa dan ibu-ibu tamadun.
3.Pengetahuan Sains Matematik adalah kunci untuk memahami hubungan manusia dengan alam semesta.
4.Islam adalah cara hidup semula jadi dan bukan nya Agama.
5.Manusia harus dibentuk untuk membolehkan berdikari sebagai satu bangsa.
6.Masing-masing perlu mengajar mengikut pengetahuan mereka.
7.Orang Kulit Hitam adalah tuhan dan nama yang betul adalah ALLAH. 
8.Anak-anak kita adalah hubungan untuk masa depan dan mereka perlu dipupuk, dihormati, disayangi, dilindungi dan dididik.
9.Hanya keluarga Orang Kulit Hitam yang bersatu dapat membangun negara.

Harlem - Mahathan, New York


Sejak 25 tahun kebelakangan ini, pengaruh Nation Five Percenter atau Negara Tuhan dan Bumi (seperti yang dikenali sekarang) berkembang dengan pesatnya dalam banyak lirik lagu dan dalam muzik Rap kontemporari.
Akibat sejarah lampau sistem Perhambaan juga telah membentuk satu budaya baru dikalangan orang orang kulit hitam, semangat ini lah yang mendorong mereka meluahkan rasa tidak puas hati SAMBIL membentuk kefahaman Agama yang difikirkan logik berteraskan Material dan pembangunan pesat semasa...fahaman ini merebak dikalangan Superstar dimana ianya menonjolkan rujukan secara langsung atau kiasan yang kuat tentang Five Percenter Ideologi dan ianya telah menjadi satu KEBANGAAN kepada golongan Superstar Kulit Hitam. 
Superstar Rapper seperti Erykah Badu, Srand Nubian, Black Cream, Jay Z, Busta Rhymes dan ramai lagi yang tidak mendedahkan anutan dan kefahaman mereka.













Pssst : Jangan main ikut sedap kepala jer Agama ni...semuga Generasi kita kekal dalam Agama yang Benar... Islam yang suci murni....!!!! Wallahwaalam..........



Monday, 27 February 2012

Ustaz Setan Badrulamin Pukul Bini rupa rupanya - Lapuran Polis Isteri

sila klik imej untuk besarkan


Belum pun habis cerita Khalwat dengan Bini Orang kini kecoh lagi perihal perangai Al-Ustaz Badrulamin bin Bahron Ustaz Setan Kesayangan Anwar Ibrahim dan Jemaah PKR.

Ekoran daripada tangkapan oleh JAIP dan dibawa ke Mahkamah maka terlondeh lah satu lagi Perangai Buruk Si Badrul, satu Lapuran Polis telah dibuat oleh isteri pertamanya kerana Badrulamin telah MEMUKUL beliau berulang kali dibahagian muka dihadapan anak anak mereka. 

Badrulamin bersama isteri pertama dan anak anak



Tuuu diaaaaa....

Sememangnya Allah Rabul Jalil Maha Hebat, Maha berkuasa dan Maha Mengetahui segala yang tersembunyi...
Sekiranya kita melihat secara Lahiriah ternyata Si Badrulamin ini seorang yang Hebat, seorang yang begitu Berkarisma dengan Syarah dan Pidatonya membuatkan orang ramai meremang Bulu Roma...apalagi dengan Lagu lagu Zikir Munajat nya dari CD dan kaset kaset yang dijual....


Tetapi sebenarnya Al-Ustaz Badrulamin ni kaki PUKUL BINI, sehingga menyebabkan isteri pertamanya membuat LAPURAN POLIS dan terpaksa lari kerumah kawan diPetaling Jaya kerana takut dipukul secara berterusan.

Untuk renungan semua
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan wanita dengan cara yang baik. Demikian juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dan orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya.”

Wahai Badrulamin :Islam memerintahkan suaminya agar memperlakukan atau bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik.

Wallahua’lam.


Pssst : kepada pencacai pencacai PAKATAN kat luar sana....begini lah Akhlak dan Moral pemimpin kamu...!!!



 

Ustaz Setan Meroyan - Dah la Khalwat, Berbohong,Menuduh pulak JAIP,Suami,Polis dan semua berkomplot.


Sungguh rendah MORAL Si Badrulamin (memang tak layak pun dipanggil Ustaz pun)...telah diSAHkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG yang lelaki yang ditangkap Khalwat dibilik Hotel Swiss Garden adalah beliau TETAPI masih nak auta satu dunia.

Bukan setakat nak Auta satu Dunia malahan mereka cerita, berbohong dan diTUDUHnya pulak JAIP, Pegawai Agama, Suami Zatiwani, Polis, Blogger blogger dan UMNO telah berkomplot untuk memerangkap dan menjatuhkannya.


Bangang sungguh...elok elok aku tak rasa apa apa tapi bila baca apa yang Si Ustaz Setan Badrulamin ni dok jaja cerita yang kononnya dia Tak Bersalah orang lain yang  salah, terus aku takder rasa Respek besar kuman pun kat Mamat ni...!!!

Memang Dasar Kumpulan Manusia yang Rendah Moralnya...dari kes Liwat Bontot, Bantai Pelacur Cina, Main Bini Orang, ADUN Perempuan Cina berbogel dan bersekedudukan dengan jantan Melayu dan sekarang ini Al-Ustaz pula ditangkap dalam bilik hotel dengan bini orang jam 3 pagi...
Ini semua SALAH manusia lain ker...? ni semua Konspirasi...? ni semua salah UMNO ker...???


Bagi mereka yang masih waras Akal dan Fikiran sudah pastilah akan dapat berfikir bagaimana mungkin seorang yang bergelar Suami Faizal Pungut sanggup nak mengadai MARUAH dan menjaja nama yang Bininya bersama dengan Jantan lain dalam bilik hotel...!!! tak ker BACUL namanya tuu...? rasa aku laaa Beruk Jantan dalam hutan belantara pun akan melawan dan mengamuk kalau Beruk Betinanya disontot oleh Beruk Jantan lain...!!! Bangang punyer Manusia Badrulamin ni...!!! dan bagaimana mungkin Si Suami MEMBENARkan Si Isteri berada didalam bilik hotel bersama lelaki lain walaupun mereka berdua mempunyai masalah...(usahkan dalam bilik hotel tersalah berSMS pun boleh jadi gaduh...fikir laa Bhai)

Berbagai kenyataan dan cerita yang dicanangkan oleh Badrulamin...katanya... 
“Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya, Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,” katanya suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu. “Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.
“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan. “Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini” 
Begitu lah cerita Si Badrulamin, dengan segala macam spin langit dan buminya...
Aku takleh tahan Bhai dengan Auta Si Al-Ustaz Setan Badrulamin ni...meh aku nak tanyer..
1. Katakan lah Badrulamin bergaduh dengan bini (tak kira laa bini pertama ker bini kedua ker..kau kan banyak bini) Kau izinkan ker Bini kau ni lari kemudia pergi keHotel tidur disana jam 3 pagi bersama lelaki lain...
2. Dikatakan 3 hari dah wanita tersebut berada disana, tak kan Badrulamin tidur atas lantai Si Perempuan tuu tidur atas katil.
3. Apasal bagi Nasihat jam 3 pagi, apasal tak buat siang hari.
4. Tak kan sebagai seorang Lulusan Mesir tak tau Hukum Hakam tentang MUHRIM.
5. Apasal Si Badrulamin masih nak simpan atau sorok perempuan yang sudah bersuami tu dalam bilik dia sedangkan Badrulamin tahu yang Si Suami sedang mencari isterinya.
6. Apasal dijumpai Tuala Basah jam 3 pagi...Al-Ostat suka Mandi di Pagi Hari keeer...???

Adooooooi...tu semua SOALAN BODOH Bhai, aku sengaja jeer nak tanyer soalan Bodoh...jadi kita tunggu laa JAWAPAN dari Al-Ustaz SETAN ni...yang berkelulusan Phd Birmingham dan Mesir.... (ilmu tak menjaminkan iman dan iman tak boleh ditukar ganti serta dijual beli)...Undang undang Syarie kat Dunia ni boleh laa kau pusing pusing...kat Mahkamah Yaumul Masyhar tak boleh Bhai....Faham ker Al-Ustaz SETAN...???
Walaubagaimanapun Si Badrulamin lupa...bahawa bukan dia dan pasangannya sahaja yang ada kat dunia ni....ramai lagi makhluk lain yang Allah S.W.T cipta....lalu tampil seorang SAKSI yang berada ditempat kejadian dan selama 3 hari dia memerhatikan gelagat Al-Ustaz PKR ni.....
Kata saksi tersebut..
Saya adalah Pekerja Hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...
kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...
yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin.



Tuu diaaaa....!!!
Tak kan laa nak kaunseling bini orang sampai 3 hari dalam bilik Hotel...dan dibawah ini pula ialah KENYATAAN dari JAIP..
Petikan daripada kenyataan Jabatan Agama Pahang.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. “Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.
Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. "Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya. pisau.net
Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut. Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.
Akhir sekali cerita banyak pun tak guna lah Bhai, sama sama laa kita fikirkan...yang penting kita lihat kembali masalah MORAL puak puak PAKATAN ni...lepas satu satu terpacul segala cerita dibelakang Wadah Perjuangan mereka...konon kononnya semua Tak Betul di Malaysia ni Hanya PAKATAN sahaja yang Bagus, Baik, Benar, Adil dan Bakal Masuk Syurga...
Senang aku cakap jeer....Parti Keadilan Rakyat ni kita tuka jer nama dengan Parti Sontot Rakyat...



Psst : apasal laa semua Bini orang ditibainya...??? kedengaran juga kata kata dari mulut orang orang PKR sendiri..."Nasib baik tibai bini orang...takper laa pompuan...kalau ditibai nyer bontot jantan...susah laa plak kita..Hahahahahaaaaa





Sunday, 26 February 2012

Padang Kota - BODYGUARD CM Lim Guan Eng mula bertumbuk - Apa nak jadi..?

Assalam...

Apa nak jadi dengan orang Penang, setelah sekian lama Melayu, Cina dan India mendiami Tanah Melayu atau Malaya dan kemudian ditukarkan kepada nama Malaysia tetapi semalam KEHARMONIAN RAKYAT BERBILANG KAUM telah tercemar dengan insiden tumbuk menumbuk secara terbuka didalam DEMO Lynas diSpeaker Corner Padang Kota, Pulau Pinang.



Dari klip video yang dipaparkan kita dapat melihat bagaimana seorang lelaki berbaju Hijau yang didakwa sebagai Wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew, 29 ...walaubagaimanapun kita dapat melihat Lelaki Berbaju Hijau tersebut mula menendang seorang lelaki Melayu berbaju putih dan ianya kemudian diserbu oleh kempulan lelaki yang lain.

Yang menjadi tanda tanya kepada kita ialah Bagaimana Adam Chew yang didakwa sebagai Wartawan mula bertindak kasar dan tidak pun mempunyai Kamera dan apa apa ditangan, seolah olah dia menyertai Demo tersebut dan berbaju hijau...atau adakah Adam Chew ini BODYGUARD kepada CM Lim Guan Eng...



Kelihatan juga didalam Klip video tersebut bagaimana seorang Lelaki Cina yang berbaju Merah membaling kerusi kearah kumpulan yang bergaduh.

Lapuran dari Ketua Polis Pulau Pinang juga ada menyebutkan...
GEORGETOWN 26 Feb. - Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini hari kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu.

Akhir sekali Pewaris Wasiat suka mengatakan bahawa "Suasana sudah tidak aman"...bertitik tolak dari peristiwa Reformasi dan Gabungan Parti parti Politik diantara PAS, PKR dan DAP telah menyebabkan api Perkauman menjadi lebih MARAK...masing masing mempunyai AGENDA TERSEMBUNYI...gila mahu berkuasa, membalas dendam dan mungkin juga untuk mengHALAL kan Nafsu seperti Kes Liwat Bontot atau Kes Tibai Bini Orang...!!! dan ingatlah tidak mustahil Tragedi lampau mungkin boleh BERULANG...



Tahun tahun yang aman damai menjadi tahun tahun yang kucar kacir, yang terpaksa ditempuh oleh Rakyat Malaysia dan yang amat ditakuti ialah "Mata Mata Gelap Dunia" sedang memerhatikan...mungkin menunggu masa untuk mencelah...!!!


Pewaris juga ada membuat satu Artikel yang berkaitan untuk renungan dan tatapan pembaca semua pada July Tahun 2011...sila baca dibawah untuk kajian dan pedoman
Baca disini....


Untuk Rakyat Malaysia semua...marilah kita renungkan dan jangan biarkan Negara Hancur gara gara Perebutan Kuasa Politik....


Pewaris teringat pada 20 tahun yang lepas semasa Pewaris Wasiat masih lagi bertugas didalam Jabatan diCabang "Agen Keselamatan Negara"...Pewaris tersesat jalan di Pulau Pinang, lalu seorang Apek telah menunjuk Jalan bahkan membawa Pewaris Wasiat kehotel yang Pewaris cari untuk menginap...sebelum Apek tuu beredar Apek tuu ada kata "Kita mesti jadi Olang baik maaa...balu Tuhan kasi kita semua baik, Cina kaa...India kaa...Melayu kaaa mesti semua baik laa"....lalu dia beredar...tersentuh jugak hati Pewaris dengan kata kata tuu....Teringat akan Sejarah Tan Sri Tan Cheng Lock dan lain lain.



Pssst : semuga Allah rahmati bumi Malaysia....!!! amin




Saturday, 25 February 2012

Permintaan Munajat Anak Cucu Hulubalang Melayu


Salam di pagi Minggu

Cerita Nenek Moyangku keturunan Hulubalang Melayu

Pesanan mereka kepada anak cucu
Mereka yg menghina Raja Raja Melayu akan termasuk didalam Doa 40 Pemuda Berjubah Hijau dan berSerban Hitam 12 Hasta sampai sekarang masih bermunajat dan berKiyaimulai ditempatnya...Doa didalam Sujud mereka
"Ya Allah demi keberkatan Dakwah llallah para nenek moyang ku yg meninggalkan Tanah Jazirah dan bersafar keBumi Jawi yg mana dgn berkat Kalimah Toyibah Raja Raja Melayu bertitihkan Sanad Jemaah Masjid Nabawi yg telah diberi Hidayah dan membawa Addin dlm kehidupan mereka berniat sehingga keanak cucu sampai Kiamah...maka Ya Jabar Ya Kohar...Kau ampunkan mereka dan berikan hidayah DAN sekiranya mereka Berniat untuk menjadi MUSUH yang nyata maka hancurkan mereka diatas Derhaka serta Caci Maki terhadap Ulil Amri yg kau pilih yakni Raja raja Melayu maka kau Hancurkan mereka dgn BALA yg dtg dari langit dan Bumi,laut dan darat, Timur dan Barat, Utara dan Selatan serta dari 7 Panca Indera mereka sendiri...Tidak aku WAKAF kan harta, diri dan masa melainkan hancur nya mereka ini dan aku berTawasul dgn amal para para Daie Mukimin dan Mujahid Kabir hancurkan mereka Ya Aziz Ya Rahman Ya ...

Selepas Haji Wida, Haji terakhir Nabi seramai 124,000 jemaah telah dikeluarkan keseluruh bertebaran keseluruh Alam-termasuk, jemaah telah dihantar ke Benua Eropa, Negeri Cina dan juga keTanah Jawi melalui Benua Hind atau India.



7 WASIAT RAJA RAJA MELAYU, 5 Ogos 1957

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).[1]


Wallahwaalam.....


Psst : jangan ingat Tanah Jawi ni takda "Kutub"  yang jaga...mereka ada...hanya menunggu masa...!!! Xtau kena mengaji...!!!

Ustaz PKR Badrul Amin Jam 3 pagi dalam Bilik Hotel dengan Bini Orang - Kuliah Mandi Junub



Berita terkini...
 
Pihak Jabatan Agama Islam telah membuat serbuan dan pemeriksaan di Hotel Swiss Garden, Balok Kuantan, Suami kepada Zati Iwani (28 tahun) sendiri yang membuat Lapuran dan membawa JAIP keHotel dimana isterinya berdua duan bersama Al-Ustaz Badrul Amin didalam bilik Hotel tersebut pada jam 3 pagi.
Berlaku kekecohan apabila beberapa Pemimpin PKR cuba merasuah Pegawai Penguatkuasa agar kes khalwat ini diDiamkan dan diSorokkan dari pengetahuan umum demi menyelamatkan maruah parti mereka.

Berita penangkapan Badrul Amin dan isteri orang turut disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.
 

Untuk mengimbas kembali betapa Alim, Warak dan Tawaddu nya Al-Ustaz Badrul Amin ini demi Perjuangan membawa Ummah ke Mohol Addin, mari kita mengimbas kembali kata kata Al-Ustaz Badrul Amin kepada Mufti Perlis....katanya "Bapak Setan"...!!!




Begini lah perangai Al-Ustaz SETAN BADRUL AMIN PKR......!!!

Untuk cerita selanjutnya...sila baca disini juga....



Pssst : Nasihat kepada seorang wanita...isteri orang pukul 3 pagi dalam bilik Hotel...waaaaaaah, ni dah terlebih Alim dah ni...!!! Hukum mana dia pakai tak tau laa..!!!




Terkini: Ustaz Badrul Amin PKR Khalwat dengan Zitawani isteri Fazli Pungut


Berita terkini....

Memang telah disahkan bahawa Ustaz PKR yang ditangkap KHALWAT di Hotel Swiss Garden Hotel itu ialah Ustaz Badrul Amin...dan apa yang menyedihkan ialah pasangan Khalwatnya idalah masih berstatus isteri orang...

Swiss Garden Hotel Pahang



Selanjutnya....

Pasangan Khalwatnya ialah wanita bernama Zitawani yang bertugas sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin yang mana masih berstatus isteri orang, ister kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.

Berita selanjutnya selepas ini......Spy Leman sedang mendapatkan maklumat penuh..........



pssst : power betul Ostat ostat PAS & PKR niiii...patut laa dalam Harakah semua Iklan Ubat Kuat utk Lelaki...kakakakakakaa

Ustaz Tersasar...Ustaz PKR ditangkap Khalwat di Swiss Garden Hotel



Astarfrulllahhanazim....

Apa nak jadi, seorang Ustaz Hebat dari PKR ditangkap KHALWAT dengan isteri orang di Swiss Garden Hotel...walaupun berita ini cuba ditutup tetapi ianya telah diketahui oleh ramai orang...Mulut tempayan boleh tutup Bhai....mulut orang payah laaa...!!!

Berita selanjutnya akan dikongsi sepenuh nya pada lewat malam nanti...
Spy Leman sedang menuju kesana...

Lain kali jangan Cakap orang lain tak betul...kan Allah dah tunjuk kan..!!!


Pssst : sedang menunggu berita dari Spy Leman....





Friday, 24 February 2012

Cerita di Pagi Jumaat - Perang Salib

Salam di pagi Jumaat,

Malam tadi Pewaris Wasiat berkesempatan duduk semeja bersama sama dengan beberapa orang Blogger Otai...Azmi APA, Anuar Mohd Noor UMNO Reform, SiamangBukit dan beberapa orang lagi...sambil bersembang pekena teh tarik...

Alhamdulillah, sebagai Blogger Baru (baru balik kampung daaa..) banyak benda yang Pewaris dapat dengar...dan sememangnya Pewaris lebih banyak mendengar dari bercakap....keseluruhan dari apa yang Pewaris Wasiat dengar dalam sembang sembang tuu Pewaris dapat ambik satu rumusan iaitu berkenaan...
Etika, Prinsip dan Atitude...

Jadi bila Pewaris balik rumah cerita cerita dengan Dr. Ayuni isteri Pewaris...dia kata "Honey just write something about Religion on Friday Morning...banyak pahala tuu"....Hahahaaaa aku ketawa jeer...

So, bermula pada Hari ini, Jumaat 24hb Februari 2012 dan hari hari jumaat yang seterusnya Pewaris Wasiat akan buat Posting dan tulisan yang ada kait dengan Agama, diharap semuaga ianya memberi menafaat kepada semua Umat seluruh alam....amin

PERANG SALIB
Latar belakang
Perang Salib bertitik tolak dari pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantine di timur. Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani.
Empayar Byzantine
Empayar Room

Pihak gereja berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya. Namun, terdapat segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugal, di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor beragama Islam di Eropah.
Kebangkitan Empayar Room


Pada 1009, khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantine, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib.
Fatimiyyah

Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi restu amanat kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam, amanat yang dipanggil vexillum sancti Petri dan pengampunan indulgence bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan daripada beberapa Maharaja Byzantium yang diancam oleh tentera Seljuk, bermula pada 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII, kepada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II pada 1095, akhirnya mendapat perhatian Paus Alexander II.
Paus Alexander II
Amanat Pengampunan Dosa

Perang Salib berlaku antaranya untuk menunjukkan ketaatan kuat kepada agama yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam. Salah satu sebab ini terjadi adalah Kontroversi Istiadat Pengurniaan (di mana satria kristian menerima penghargaan dari pihak gereja) yang bermula lebih kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama. Perkara ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh penganut Kristian sehingga mereka berlumba-lumba untuk menarik sokongan umum, menyebabkan satu pengalaman keagamaan yang dramatik. Hasilnya adalah satu kesedaran spiritual Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat terhadap agama.
Revolusi Cinta Agama Kristian
Pahlawan Kristian akan dihargai oleh Gereja
Ini diperkuatkan dengan propaganda keagamaan, dan sokongan untuk Perang Yang Adil untuk merampas semula Tanah Suci termasuk Baitulmuqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa untuk Perang Salib Pertama sewaktu abad ke-12.


Merebut kembali Kota Constantinople

Kehadiran Islam di Tanah Suci kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke-7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci. Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan Baitulmuqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada Kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Empayar Bizantine.
Serangan Viking dan Magyar

Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan Agama Kristian


Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu al-Hakim bi-Amr Allah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menyemarak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.
Khabar angin Kekejaman Tentera Muslim

Berlaku nya Perang Salib......Bersambung Hari Jumaat hadapan