Wednesday, 22 February 2012

Baiah Haji Hadi VS Fatwa Tuan Guru Pondok Haji Abdullah Saamah



Salam to all,
Lepas solat fajar sempat juga buka Quran dan diselak secara rambang maka terbaca sepotong ayat Firman Allah Taalla didalam Surah Al Imran Juz 4 ayat 117 hingga 118 Mahfumnya..
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
    **********************************************************************************************************
Dan pagi ni juga semasa membelek beberapa Helaian Salinan Syarah dan Bayan Maulana Umar Palampuri yang Pewaris catit semasa Pewaris dihantar ke Alighar Universiti iaitu Universiti tertua dan pertama untuk orang Islam diUttar Pradesh India pada tahun 1995 lalu Pewaris terpanggil untuk membuat semakan dan perbandingan akan beberapa Artikel dan Kenyataan dari Golongan yang dipanggil Mualim atau Alim dari Parti PAS dan juga Mualim atau Alim dari Institusi Pondok..(Al Fatihah kepada Almarhum Sahabat seperjuanganku Syeikh Farouk Ibrahim yang telah meninggal dunia semasa dalam Sujud Solat Subuh)
Alighar Universiti Uttar Pradesh India

Diimbas kembali Ayat Al Quran didalam Surah Al Imram Juz 4 Ayat 117 - 118, maka jelaslah kita harus berwaspada dan Wajib keatas diri kita untuk "memilih" mereka yang akan bersama sama dengan kita dalam apa jua perkara apalagi didalam Perjuangan dan untuk duduk dalam satu Jamaah..

Kalau dahulu, Mualim PAS pernah mengeluarkan fatwa yakni kerjasama dengan orang kafir iaitu antara UMNO dengan MIC dan MCA hukumnya HARAM, sehingga menyebabkan satu kampung sembahyang 2 imam, kenduri kendara dipulaukan, makan sembelihan orang UMNO haram, penceraian diantara suami dan isteri berlaku...tetapi hari ini kita semua sedia Maaklum bahawa PAS telah bersama sama dengan PAKATAN iaitu Gabungan Parti PAS, PKR dan DAP....tidak perlu diterjemahkan disini siapakah DAP dan siapakah PKR begitu juga apakah bencana yang telah menimpa keatas bumi Malaysia...dan dibawah ini adalah Petikan Syarah dan Fatwanya..

Amanat Haji Hadi Awang
Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah Syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Yang terbaru Haji Abdul Hadi juga ada mengeluarkan Kenyataan bahawa setiap Calon dari PAS yang bertanding perlulah berBaiah dan barang siapa yang menyimpang dari Wadah Perjuangan maka akan "Celaka dunia dan akhirat"...
Berat sungguh Tangungjawab tu..sekiranya kita memahami akan Maksud "Baiah" dalam pengertian Agama...!!! Baiah yang dituntut ialah Baiah dalam memperjuangkan Agama BUKAN Baiah untuk Kekalkan Kuasa...tak perlu dipertikaikan, bagi mereka yang AHLI adalah majadi satu kaedah didalam setiap Jemaah yang besar mahupun kecil untuk Berbaiah kepada Masyeikh masing masing bagi membuktikan bahawa Perjuangan itu telah diambil sebagai "Maksud Hidup"...
Sebagai perbandingan, ulasan dan pengertian maksud Kenyataan, Amanat mahu pun Fatwa Haji Hadi Awang maka mari kita lihat apa yang diFatwakan oleh salah seorang Mualim atau  Ulama Pondok yang disegani...
Tuan Guru Haji Abdullah Saamah

Fatwa Tuan Guru Pndok Genting Haji Abdullah Saamah
Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah BERDOSA.
Malah, Tuan Guru Haji Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa PAS sekarang tidak sama dengan PAS dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.
“PAS masuk dalam PAKATAN pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar. “Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini adalah HARAM.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak. “Sokongan PAS itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Kenyataan Pengerusi Biro Agama UMNO
Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu. “Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.
Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.

Akhir sekali Pewaris nak tanya apakah sebenarnya yang dimahukan oleh PAS dalam PAKATAN,
Mahukan Negara Islam - dah pun ditukarkan kepada Negara Kebajikan.
Mahukan Undang Undang Islam - kena langkah Mayat Karpal Sighn dahulu
Mahukan Kemajuan - ternyata Kelantan adalah Negeri yang mundur
Mahukan Jawatan - dah tentu kena berperang dengan Cina Lim Kit Siang
Mahu kan apa....??? mahukan apa wahai Lebai lebai PAS...???
Kalau dahulu, PAS pernah mengeluarkan fatwa, tiada perpaduan dengan Bukan Islam, kerjasama dengan orang kafir itu Haram dan bermacam macam...tetapi Hari ini semuanya telah TERBALIK...!!!

PSSST : kemanalah agaknya PAS hendak membawa orang orang Melayu yang Islam di Malaysia ni agaknya...???

4 comments:

  1. Kalau macam tu,tak taulah homo cun nak cakap apa sebab homo cun pun anggota unit amal PAS yang suka bontot.

    ReplyDelete
  2. Puak dengki khianat tentu sokong PR.... Tak tahu berfikiran positif.. Semua tu kena maki org.. Baru puak PR

    ReplyDelete
  3. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete