Alamaaaaaak...aper Bodooooosss niiii....Malaun maner laa punyer keja...!!!
(Cerita budak budak Tempolo Boys kat bawah sekali...baca dari atas baru boleh faham)
Lewat malam tadi Pewaris Wasiat terima Bbm dari Blogger Papagomo, agak terkejut juga bilamana membaca Bbm tuu...
Ianya berbunyi...
"Terkini - Perjumpaan DS Noh Omar diKelana Jaya TELAH DISABOTAJ...10 buah kereta telah dipecah kan cermin"...
Kesian dan sakit juga hati bilamana mendengar 10 buah kereta dipecahkan cermin, Pewaris Wasiat dapat faham macamana rasa perasaan tuan empunya kereta tuu....kalau tak dia Istighfar banyak banyak sudah pasti lah berbakul bakul sumpah seranah yang terhambur keluar...tak pasal pasal semua dapat dosa kering...ok, ni pasal malam tadi..!!!
Pagi ni plak, bilamana Pewaris Wasiat bukak Lappy...baca berita dan Blog dari Sahabat Seberang Sana...aleh aleh pulak dalam Blog AMENO WORLD menghebahkan yang Kereta DS Anwar Ibrahim telah dipecahkan cermin malam tadi semasa ceramahnya di Sembrong, Johor.
Dikatakan bahawa kereta DS Anwar Ibrahim dibaling batu...nampak sangat orang kampung tak REDHA puak puak PAKATAN ni masuk kampung dia orang dan jadikan kampung halaman sebagai "Gelangang Caci Maki"... nak buat camaner orang tak suka...Well, takleh nak kata aper la Bhai...malam tadi kereta DS Noh Omar dan rombongan sebanyak 10 buah kenderaan dipecahkan cermin dan malam tadi juga kereta DS Anwar Ibrahim dipecahkan cermin (sebuah kereta sahaja)
Kalau dibaca balik apa yang ditulis AMENO WORLD nampak sangat telahan yang dibuat oleh Geng geng Harami ini menjuruskan kepada perbuatan orang orang UMNO siap dibuat "perbandingan" dengan insiden Jalan Kebun tempoh hari.
Meh nak cakap, Budaya Samseng dan Budaya Pemberontak ni dipelopori oleh Anwar Ibrahim sendiri, kumpulkan orang ramai ramai berarak, berdemo, baring atas jalan pastu "Buat Provokasi"...tak kan semua orang tak nampak apa yang berlaku dalam siri Reformasi, BERSIH dan Demo UPSI juga Himpun 901.
Budaya Samseng
Banyak sangat laa kalau nak paparkan kat sini, korang cari laa sendiri clips kat youtube...berlambak lambak
Memukul dengan kayu
Budaya Samseng sesama sendiri, apalagi dengan orang lain
Pejabat dan Harta benda sendiri dirosakkan
Akhir sekali Pewaris Wasiat nak cakap laa, Budaya pecah memecah, bakar membakar mahupun vandalisme ni bukan budaya kita...tak kira laa kita dari puak mana pun...tomahan dan telahan serta tuduhan tak perlu dibuat...senang cerita gi buat report diBalai Polis, serahkan pada Pihak Berkuasa...tau lah dia orang nak buat macamana nanti.
Cerita benar Pewaris bersama Samseng dan Pemberontak "Tempolo Boys" di Nigeria.
Peristiwa "pecah cermin kereta" kat atas tu menyebabkan Pewaris Wasiat teringgat akan Survival Pewaris semasa berada disatu Kawasan Isolated bernama Escravos, Delta State di Nigeria selama lebih 3 tahun, dari Mainland kami terpaksa berescort menaiki Cooper dan terbang selama satu setengah jam, jalan darat memang tidak ada kerana Escravos merupakan sebuah kawasan Berpaya ribuan kilometer persegi dan sekiranya melalui Jalan Laut amat lah Bahaya kerana jalan laut dikuasa oleh puak Pemberontak yang kami panggil "Tempolo Boys" dari Ethnic Shyakiri...
Lebih kurang ada 200 Ethnic dengan berlainan budaya dan Bahasa dan setiap Ethnic mempunyai Kingdom dan Raja mereka sendiri...keadaan menjadi lebih buruk bilamana setiap kampung mempunyai Gereja yang berlainan iaitu Protestan, Khatolik,Jehovah Witnes dan juga Agama Anamisma nenek moyang, jadi bayangkan bagaimana susah nya kami untuk "handle dan satu kan" dalam Misi Gerak Kerja kami....!!!
"Tempolo Boys"
sebahagian daripad mereka ada didalam kumpulan kami tanpa kami ketahui
Ok, dipendek kan cerita 200 Ethnic yang Pewaris ceritakan diatas semuanya berperang kerana hendak "BERKUASA" bilamana kempen atau ceramah politik diadakan pasti akan berakhir dengan Tragidi tembak menembak atau pengebomam dan yang paling menyedihkan pada Pewaris Wasiat sepanjang 3 tahun lebih disana ialah satu Perkampungan Islam telah dibakar, lelaki, perempuan, tua, muda, kanak kanak atau dewasa...semuanya dibakar hidup hidup oleh puak dari Ethnic dan Parti Pembangkang yang tak sehaluan (tak payah laa Pewaris tunjukkan photo photo nya kerana ianya amat mengeri dan menyedihkan)
Cukup, ok...the moral of the story dan pengalaman yang Pewaris Wasiat nak kongsikan di sini ialah Walaupun apa keadaan dan walaupun darimana puak mana kita, semua Budaya Samseng ini hendak lah di HENTI kan serta merta, kerana dengan wujud nya Budaya ini lah menyebabkan "Api Kemarahan" sesama puak dan Parti akan merebak dan menjadi Lebih Besar...tak payah laa Pewaris nak terangkan disini...sememangnya kita semua Maklum dengan peristiwa peristiwa besar dunia yang ada hubung kait dengan Politik.
Bersama salah seorang Penentang Tempolo Boys
Sesungguhnya adalah menjadi impian setiap warga dibumi Malaysia ini untuk hidup aman dan tenteram, boleh pergi hantar anak kesekolah, balik kerja boleh lepak bersama kawan kawan dimana mana warung untuk kena teh tarik, hari sabtu dan minggu dapat bawak anak bini jalan jalan dan boleh bergerak keman mana dengan aman tanpa risau akan ancaman Bom dan Peluru Sesat seperti yang Pewaris Wasiat alami di Escravos Nigeria.
Wallahwaalam...Ya Allah Ya Rabul Kareem...selamat kan Negara kami...amin..
Pssst : aku ucapkan Terima Kasih kepada rakan seperjuangan: Confident, Obareh, Dr.Ariata, Mej. Obeku, Warrior Okpako, Michael etc..walaupun mereka berlainan agama mereka tetap menjaga aku dari segala ancaman semasa disana...God bless you Guys..dan utk semua rakyat Malaysia aku katakan : akan aku perangi sampai aku mati pada mereka yang ada Niat nak rosak kan Negara...!!!
Salam,
ReplyDeletemohon link blog saya dipautkan ya,
www.riziqin.blogspot.com
teruskan perjuangan.
terima kasih