Sangat sangat merbahaya kepada kedudukan Negara,
Seorang warga Malaysia ditangkap petugas Imigrasi keraba memiliki KTP dan KK yang dikeluarkan Pemkot Batam.
"Awalnya kita mencurigai seseorang yang tengah mengurus memperpanjang paspor. Kita ketahui ternyata warga negara Malaysia, namun dia memiliki KTP, Kartau Keluarga dan akte kelahiran di negara kita. Sekarang sudah kita lakukan penahanan," kata Kasi Dakim Imigrasi Batam, Gindo Ginting, kepada wartawan, Sabtu (4/02/2012).
Dari hasil pemeriksaan petugas Imigrasi Batam, diketahui pria itu bernama Azmin Heli lahir di Kuala Lumpur 27 Maret 1975. Alamat Jalan 4H Ampang Selangor 68000 Malaysia. WNA ini ternyata salah seorang anggota Oposisi Partai Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia.
Baca disini...
http://www.papagomo.com/2012/02/breaking-news-agen-pkr-ditangkap-di.html
Baca disini juga...
http://us.detiknews.com/read/2012/02/04/160653/1834235/10/miliki-ktp-kk-batam-palsu-warga-malaysia-ditangkap
Ternyata, setiap gerakan dari dalam pastinya berjaya ditumpaskan oleh kerana Kecekapan dan Kebijaksanaan oleh Pihak Berkuasa, apalagi dengan Jaringan setiap Unit yang wujud dalam System Pentadbiran Polis DiRaja Malaysia.
Mungkin kah Dia, seperti yang dijangkakan oleh semua Blogger...???
Menumpaskan Kerajaan yang sedia ada bukan satu perkara yang senang dan enteng dengan bilangan penduduk yang majoriti tidak berpihak kepada pihak pembangkang.
Kebarangkalian berputar disetiap kotak fikiran mereka yang faham dengan karenah pihak Pembangkan dan juga dari apa yang telah berlaku di Indonisia serta hubungan yang telah dibentuk demi untuk mendapat bantuan dari luar khususnya pihak pihak yang telah lama mempunyai perancangan untuk menghancurkan Malaysia....
Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang rapat dan selalu terbang ke Indonisia untuk berbincang bersama sama di Pusat Komuniti Liberalisasi Indonisia.
Dilihat dari sudut Politik Antarabangsa, sememangnya Malaysia ternyata menjadi musuh pada setengah setengah puak yang berada di Indonisia, kita sosot kembali "Kudis Politik" yang sememangnya telah di ketahui ramai iaitu Ganyang Malaysia...
Ganyang Malaysia - Bendera Malaysia dibakar
Malaysia digelar sebagai "Maling" atau Pencuri
Dari susur galur sejarah dan rentetan peristiwa disini Pewaris Wasiat paparkan apa yang berlaku di Libya...dan semestinya ia tidak mustahil akan berlaku di Malaysia, cuma kaedah perancangannya mungkin berbeza dan corak Pemerintahan berbeza, apa pun yang pasti Negara akan huru hara akibat Perancangan dari Luar dan Campur Tangan pihak ketiga.
Sejarah Huru Hara di Libya dan Muamar Ghadafi dihukum di jalanan....
Presiden Muammar Muhammad Al-Gaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat !!!
Menentang sekeras kerasnya Polisi Kebebasan yang dilaungkan Barat
Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi, hak sama rata kononya dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang baik kepada mereka..!!!
Muamar Ghadafi dihukum dijalanan tanpa pengadilan
Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Gaddafi :
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba’.
4. Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
7. Tidak ada bil elektrik di Libya.
8. Pendidikan adalah percuma
9. Kemudahan perubatan adalah percuma.
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.
Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah.
Sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Gaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Gaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Gaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!
Al-Fatihah Buat Allahyarham… Muamar Ghadafi.....
Sebagai Rakyat Malaysia yang Merdeka , yang Cinta kan Negara dan Cinta kan Keamanan...sudah PASTI lah apa yang berlaku di Libya kita tidak mahu ianya berlaku di Negara kita.
Sekiranya kita melihat kembali, maka jelas apa yang tercetus diNegara kita tidak lain dan tidak bukan, hanya lah ketidakpuasan hati pihak tertentu yang tamak dan gila kuasa. Sekali lagi perlu di INGAT kan bahawa Bahaya akan menjadi lebih dekat sekiranya ada CAMPUR TANGAN PIHAK KETIGA....
Campur tangan pihak ketiga lah yang selalu nya akan lebih memporak poranda kan sesebuah Negara.
Semuga Allah Azawajalla menjauhkan huru hara ini dari Bumi Malaysia tercinta...!!!
Pssst : Apasal pulak ada Ahli PKR yang diarah kan tinggal di Indonisia...waaaaa, sangat hebat Set-up yang dibuat...nak jadikan Markas disana ker...??? tuuu dah dikira Tektik Al Qaeda tuuu...!!!!
Tak ada apa yang kurang dengan Malaysia. Orang Indonesia pun ramai kerja disini. Cuma ada sekelompok manusia berhempas pulas mahu memegang kuasa. Anwar terbukti rela buat apa saja.
ReplyDeleteBenar Tuan...cuma yang di Khuatiri..."kudis" akan menjadi lebih besar dan susah untuk diubati...semuga Allah Azawajalla memberi rahmat untuk bumi Malaysia...
ReplyDelete