Friday, 24 February 2012

Cerita di Pagi Jumaat - Perang Salib

Salam di pagi Jumaat,

Malam tadi Pewaris Wasiat berkesempatan duduk semeja bersama sama dengan beberapa orang Blogger Otai...Azmi APA, Anuar Mohd Noor UMNO Reform, SiamangBukit dan beberapa orang lagi...sambil bersembang pekena teh tarik...

Alhamdulillah, sebagai Blogger Baru (baru balik kampung daaa..) banyak benda yang Pewaris dapat dengar...dan sememangnya Pewaris lebih banyak mendengar dari bercakap....keseluruhan dari apa yang Pewaris Wasiat dengar dalam sembang sembang tuu Pewaris dapat ambik satu rumusan iaitu berkenaan...
Etika, Prinsip dan Atitude...

Jadi bila Pewaris balik rumah cerita cerita dengan Dr. Ayuni isteri Pewaris...dia kata "Honey just write something about Religion on Friday Morning...banyak pahala tuu"....Hahahaaaa aku ketawa jeer...

So, bermula pada Hari ini, Jumaat 24hb Februari 2012 dan hari hari jumaat yang seterusnya Pewaris Wasiat akan buat Posting dan tulisan yang ada kait dengan Agama, diharap semuaga ianya memberi menafaat kepada semua Umat seluruh alam....amin

PERANG SALIB
Latar belakang
Perang Salib bertitik tolak dari pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantine di timur. Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani.
Empayar Byzantine
Empayar Room

Pihak gereja berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya. Namun, terdapat segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugal, di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor beragama Islam di Eropah.
Kebangkitan Empayar Room


Pada 1009, khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantine, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib.
Fatimiyyah

Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi restu amanat kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam, amanat yang dipanggil vexillum sancti Petri dan pengampunan indulgence bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan daripada beberapa Maharaja Byzantium yang diancam oleh tentera Seljuk, bermula pada 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII, kepada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II pada 1095, akhirnya mendapat perhatian Paus Alexander II.
Paus Alexander II
Amanat Pengampunan Dosa

Perang Salib berlaku antaranya untuk menunjukkan ketaatan kuat kepada agama yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam. Salah satu sebab ini terjadi adalah Kontroversi Istiadat Pengurniaan (di mana satria kristian menerima penghargaan dari pihak gereja) yang bermula lebih kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama. Perkara ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh penganut Kristian sehingga mereka berlumba-lumba untuk menarik sokongan umum, menyebabkan satu pengalaman keagamaan yang dramatik. Hasilnya adalah satu kesedaran spiritual Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat terhadap agama.
Revolusi Cinta Agama Kristian
Pahlawan Kristian akan dihargai oleh Gereja
Ini diperkuatkan dengan propaganda keagamaan, dan sokongan untuk Perang Yang Adil untuk merampas semula Tanah Suci termasuk Baitulmuqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa untuk Perang Salib Pertama sewaktu abad ke-12.


Merebut kembali Kota Constantinople

Kehadiran Islam di Tanah Suci kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke-7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci. Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan Baitulmuqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada Kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Empayar Bizantine.
Serangan Viking dan Magyar

Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan Agama Kristian


Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu al-Hakim bi-Amr Allah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menyemarak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.
Khabar angin Kekejaman Tentera Muslim

Berlaku nya Perang Salib......Bersambung Hari Jumaat hadapan

No comments:

Post a Comment